![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/3a/E._coli_Bacteria_%25287316101966%2529.jpg/640px-E._coli_Bacteria_%25287316101966%2529.jpg&w=640&q=50)
Proteobacteria
From Wikipedia, the free encyclopedia
Filum Proteobacteria ialah sebuah filum utama bakteria. Ia terdiri daripada pelbagai jenis patogen seperti Escherichia, Salmonella, Vibrio, Helicobacter, dan juga banyak genera terkenal yang lain.[1] Selain daripada itu, ahli filum ini ada juga yang hidup secara bebas dan ini termasuk pelbagai bakteria yang memainkan peranan dalam pengikatan nitrogen. Filum ini didefinisikan berdasarkan jujukan rRNA RNA ribosom dan dinamakan sempena tuhan Yunani kuno, Proteus (juga nama salah satu dari genus didalam filum ini). Menurut hikayat Yunani kuno, Proteus boleh merubah-rubah bentuk badannya dan ini dikaitkan dengan terdapatnya banyak jenis morfologi bakteria yang termasuk didalam filum ini. [2]
Proteobacteria | |
---|---|
![]() | |
Escherichia coli | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | |
Filum: | Proteobacteria Stackebrandt et al., 1986 |
Order | |
Alphaproteobacteria Betaproteobacteria Gammaproteobacteria Deltaproteobacteria Epsilonproteobacteria |
Kesemua ahli filum Proteobacteria adalah Gram-negatif, dan mempunyai membran sel luaran yang terdiri dari lipopolisakarida. Ada yang bergerak menggunakan flagella, manakala sesetengah spesis tidak mempunyai mekanisma pergerakan aktif (non-motile) dan bergantung kepada pergerakan meluncur. Contoh bakteria yang menggunakan pergerakan meluncur adalah myxobacteria, suatu kumpulan bakteria yang unik yang boleh bergabung untuk membentuk struktur pembiakan pelbagai-sel (multicellular fruiting bodies). Terdapat pelbagai jenis metabolisma didalam filum Proteobacteria. Kebanyakkan ahli filum ini adalah fakultatif anaerobik atau fakultatif obligat anaerobik dan heterotrofik, tetapi terdapat juga banyak pengecualian. Sesetengah genera yang tidak berkait rapat didalam filum ini mampu menjalani fotosintesis dan digelar bakteria ungu (purple bacteria), merujuk kepada pigmennya yang merah kemerahan.
Cavalier-Smith telah mendalilkan bahawa Proteobacteria adalah sebahagian daripada clade bakteria Gracilicutes.