Kakaktua Palma (Probosciger aterrimus), juga dikenali sebagai Kakaktua Goliath, adalah sejenis burung parrot dari keluarga kakaktua besar yang berwarna kelabu asap atau hitam. Ia adalah satu-satunya ahli dari subfamili Microglossinae dan genus monotipik, Probosciger. Kedudukan uniknya di dalam keluarga kakaktua telah disahkan melalui kajian molekular.

Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...
Kakaktua Palma
Thumb
Di Zoo Melaka, Malaysia
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Superkeluarga:
Cacatuoidae
Keluarga:
Subkeluarga:
Cacatuinae
Tribus:
Microglossini
Genus:
Probosciger

Kuhl, 1820
Spesies:
P. aterrimus
Nama binomial
Probosciger aterrimus
Gmelin, 1788
subspecies

P. a. aterrimus
P. a. goliath
P. a. macgillivrayi
P. a. stenolophus

Thumb
Taburan Kakaktua Palma Australia (warna merah)
Tutup
Thumb
Bahagian atas badan

Taksonomi

Kakaktua Palma asalnya diperincikan oleh seorang ahli alam sekitara Jerman, Gmelin pada tahun 1788. Nama spesifiknya aterrimus adalah sebuah kata adjektif superlatif Latin untuk ater "hitam", "sangat hitam" atau "kehitaman".[1]

Perincian

Thumb
Di Taman Burung Jurong, Singapura

Saiz kakaktua Palma adalah 55–60 sm (22–24 in) panjang dan berat 910–1,200 g.[2] Ia mungkin merupakan populasi spesies kakaktua dan parrot terbesar di Australia, selain dari Kakaktua Hitam Ekor Kuning dan Kakaktua Jambul Sulfur. Kakaktua Palma mudah dikenali kerana mempunyai sepasang jambul besar dan paruh terbesar berbanding parrot lain (kedua selepas Makaw Hyacinth). Selain menggunakan paruh yang kuat ini untuk memecahkan kulit kacang dan biji yang keras, burung kakaktua Palma jantan juga menggunakan paruh ini untuk memecahkan kulit pokok (~1") dari pokok hidup untuk mempertontonkan bermain drumnya (Wood 1984). Kakaktua Palma juga mempunyai kulit pipi yang berwarna merah yang mana akan bertukar warna apabila ia terkejut atau teruja.

Taburan dan habitat

Kakaktua Palma boleh dijumpai di hutan hujan dan hutan di pulau New Guinea di Indonesia dan Papua New Guinea, dan utara Queensland, Australia. Ia masih ditemui di habitat liar di sepanjang jalan di Sorong, Papua Barat, Indonesia.[3]

Nota

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.