From Wikipedia, the free encyclopedia
Presiden Republik Yunani (Yunani: Πρόεδρος της Ελληνικής Δημοκρατίας , Próedros tis Ellinikís Dimokratías), atau Presiden Yunani, merupakan ketua negara Yunani. Presiden dipilih oleh Parlimen negara tersebut, dan kebanyakan peranannya bersifat seremonial sejak pembaharuan perlembagaan yang dilakukan pada tahun1986 pembaharuan perlembagaan. Jawatan ini ditetapkan secara rasminya melalui Perlembagaan Yunani pada tahun 1975, namun pernah didahulukan Republik Yunani Kedua dari 1924-35 dan republik junta tentera pada 1973-74.
Presiden Republik Yunani | |
---|---|
Πρόεδρος της Ελληνικής Δημοκρατίας | |
Gelaran | Yang Terutama |
Bidang kuasa | Yunani |
Kediaman | Kediaman Presiden, Athens |
Dilantik oleh | Parlimen Yunani |
Tempoh jawatan | Lima tahun boleh diperbaharui sekali |
Surat cara pembentukan | Perlembagaan Yunani |
Penjawat sulung | Ioannis Kapodistrias (sebagai Gabenor) Pavlos Kountouriotis (Republik Kedua) |
Dibentuk | 25 Mac 1924 18 Disember 1974 |
Gaji | €138,732 setahyn |
Tapak web | http://www.presidency.gr/ |
sunting · sunting di Wikidata |
Penyandang jawatan ini ialah Katerina Sakellaropoulou sejak 13 Mac 2020.
Presiden merupakan panglima tertinggi Tentera Yunani dan menduduki tempat pertama dalam keutamaan arahan negara. Walaupun penjawat diberikan kuasa yang begitu besar seperti yang termaktub dalam Perlembagaan tahun 1974, peranan yang diambilnya bersifat istiadat semata-mata manakala Perdana Menteri Yunanilah merupakan ketua eksekutif pemerintah serta tokoh politik terkemuka di negara tersebut. Peranan presiden dalam jawatannya dikuatkuasakan oleh pindaan yang dibuat pada Perlembagaan tersebut pada 1986, yang mengurangkan kuasa rasminya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.