Presiden Jerman (1919–1945)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Reichspräsident (diterjemah "Presiden Reich") adalah ketua negara Jerman dibawah perlembagaan Weimar, yang secara rasmi wujud dari tahun 1919 hingga 1945. Dalam bahasa Inggeris jawatan ini biasanya disebut sebagai Presiden Jerman.
Presiden Jerman | |
---|---|
Reichspräsident | |
Gelaran | Tuan Yang Terutama |
Status | Dimansuhkan |
Bidang kuasa | Republik Weimar dan Jerman Nazi |
Kediaman | Istana Presiden (Reichspräsidentenpalais) |
Pusat | Berlin, Jerman |
Dilantik oleh | Pilihanraya langsung dibawah sistem dua pusingan |
Pelopor | Maharaja Jerman |
Dibentuk | 11 Februari 1919 |
Pemegang pertama | Friedrich Ebert |
Pemegang akhir | Paul von Hindenburg (secara perlembagaan) Karl Dönitz (de facto) |
Dimansuhkan |
|
Penggantian |
|
sunting · sunting di Wikidata |
Perlembagaan Weimar mewujudkan sistem separa-presiden di mana kuasa dibahagikan antara presiden, kabinet dan parlimen.[1][2][3] Reichspräsident dipilih secara langsung dibawah hak mengundi orang dewasa untuk penggal tujuh tahun. Ia bertujuan agar presiden memerintah bersama dengan Reichstag (badan perundangan) dan agar kuasa daruratnya hanya boleh dilaksanakan dalam situasi yang luar biasa, tetapi ketidakstabilan politik era Weimar, dan kelumpuhan faksionalisme dalam badan perundangan, memberikan presiden dengan kuasa yang cukup besar, berkuasa menggubal undang-undang melalui dekri serta melantik dan memecat pegawai kerajaan sesuka hati.
Pada tahun 1934, selepas kematian Presiden Hindenburg, Adolf Hitler, yang kini Canselor, mengambil alih kuasa Presiden[4] sebagai Führer und Reichskanzler ("Ketua dan Canselor"), menyerlahkan jawatan yang sudah dipegangnya dalam parti dan kerajaan. Di dalam wasiat terakhirnya pada April 1945, Hitler menamakan penggantinya Joseph Goebbels sebagai Canselor tetapi melantik Karl Dönitz sebagai Reichspräsident, dengan itu mengembalikan jawatan presiden. Namun, pengembalian ini hanya berlaku seketika selepas penyerahan kalah Jerman pada Mei 1945.
Hukum Asas Republik Persekutuan Jerman mewujudkan jawatan Presiden Persekutuan (Bundespräsident), yang bagaimanapun, merupakan jawatan istiadat yang sebahagian besarnya tidak mempunyai kuasa politik.