Maharaja Jerman
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rencana ini mengenai maharaja Empayar Jerman. Untuk senarai penuh Raja-Raja Jerman sebelum tahun 1871, sila lihat Senarai Maharaja Jerman.
Maharaja Jerman (Jerman: Deutscher Kaisercode: de is deprecated [ˈdɔʏtʃɐ ˈkaɪzɐ]) atau lebih dikenali sebagai Kaiser adalah gelaran rasmi ketua negara dan pemerintah beraja warisan Empayar Jerman. Tempoh dipilih secara khusus, ia telah diperkenalkan oleh perlembagaan 1 Januari 1871 dan berakhir sehingga Wilhelm II turun takhta secara rasmi pada 28 November 1918.[1] Maharaja Suci Rom kadangkala dipanggil "Maharaja Jerman" apabila konteks sejarah menjadi jelas, seperti yang diwarisi dari nama rasmi Empayar Suci Rom iaitu "Empayar Suci Rom Bangsa Jerman" dari 1512.
Fakta Segera Maharaja Empayar Jerman, Bekas keberajaan ...
Maharaja Empayar Jerman | |
---|---|
Bekas keberajaan | |
Imperial | |
Jata rasmi Imperial | |
Pemerintah terakhir Wilhelm II 15 Jun 1888 – 9 November 1918 | |
Raja pertama | Wilhelm I |
Raja terakhir | Wilhelm II |
Gaya | Duli Yang Maha Mulia Baginda Maharaja |
Kediaman rasmi | Istana Kota Berlin |
Pelantik | Pewaris |
Keberajaan bermula | 1 Januari 1871 |
Keberajaan tamat | 28 November 1918 |
Penuntut terkini | Georg Friedrich |
Tutup
Selepas revolusi 1918, fungsi ketua negara telah digantikan oleh Presiden Reich (Jerman: Reichspräsidentcode: de is deprecated ), bermula dengan Friedrich Ebert.