Pratibha Patil
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pratibha Patil (bahasa Marathi: प्रतिभा पाटिल) merupakan Presiden India ke-12. Beliau yang berasal daripada negeri Maharashtra ialah wanita pertama untuk menjawat jawatan ini [1]. Pratibha Patil merupakan ahli parti Kongres Nasional India dan bekas Gabenor negeri Rajasthan, ahli Parlimen India, serta ahli Perhimpunan Perundangan Maharashtra. Setelah dicalonkan oleh Sonia Gandhi, beliau telah memenangi pilihan raya Presiden pada 19 Julai 2007 dan menggantikan A.P.J. Abdul Kalam.
Fakta Segera Presiden India ke-12, Didahului oleh ...
Pratibha Patil | |
---|---|
Presiden India ke-12 | |
Dalam jawatan 25 Julai 2007 – 25 Julai 2012 | |
Didahului oleh | A.P.J. Abdul Kalam |
Digantikan oleh | Pranab Mukherjee |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1934-12-19) 19 Disember 1934 (umur 89) Nadgaon, Bombay Presidency, British India (kini Maharashtra, India) |
Parti politik | Kongres Nasional India |
Pasangan | Devisingh Ransingh Shekhawat (k. 1965 m. 2023) |
Tutup