From Wikipedia, the free encyclopedia
Postulat Koch [ˈkɔx, kokh] ialah empat kriteria direka untuk mengasaskan perhubungan bersebab antara mikrob dengan penyakit. Postulat-postulat ini dirumuskan oleh Robert Koch dan Friedrich Loeffler pada 1884, berdasarkan konsep lebih awal diperihalkan oleh Jakob Henle[2] lalu penemuan tersebut ditapis dan diterbitkan oleh Koch pada 1890. Koch menggunakan postulat-postulat ini untuk memerihalkan etiologi kolera dan tuberkulosis, tetapi pendekatan ini turut diitlakkan secara kontroversial terhadap penyakit lain. Postulat-postulat ini dijana sebelum pemahaman konsep moden dalam patogenesis mikrob yang tidak boleh diperiksa menggunakan postulat Koch, termasuk virus (yang merupakan parasti sel obligat) atau pembawa asimptomatik.
Postulat ini kebanyakannya diambil alih oleh kriteria lain seperti kriteria Bradford Hill untuk kebersebaban penyakit berjangkit dalam kesihatan awam moden. Postulat ini telah digunakan secara kontroversial untuk menyimpulkan bahawa virus kurang imun manusia tidak menyebabkan sindrom kurang tahan daya penyakit[3] (lalu menyokong penafian HIV/AIDS) dan bahawa onkovirus tidak menyebabkan barah.[4]
Postulat yang dirumuskan Koch untuk mengenalpasti mikrob penyebab penyakit adalah berikut:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.