Kata lakur[1] (bahasa Inggeris: portmanteau, sebutan bahasa Inggeris: /pɔːtˈmantəʊ/) dalam konteks linguistik difahamkan sebagai suatu penggabungan kata-kata,[2] di mana bahagian pelbagai perkataan atau bunyi tersendiri digabungkan menjadi perkataan baru,[3][4][5] misalnya "jenama" hasil penggabungan ungkapan kata "jenis nama", atau "tadika" hasil penggabungan ungkapan kata "taman didikan kanak-kanak". Dalam linguistik, singkatan ditakrifkan sebagai satu perjalanan yang mewakili dua atau lebih morfem.[6][7][8][9]

Asal usul kata

Idea pelakuran kata ini mula disebutkan secara umum oleh Lewis Carroll dalam sebuah bukunya yang berjudul Through the Looking-Glass (1871). Dalam buku tersebut, Humpty Dumpty menjelaskan kepada Alice erti kata slithy yang diucapkan oleh Jabberwocky. Kata baru ini terbentuk dari dua perkataan iaitu lithe (lentur) dan slimy (berlendir), yang digabungmampatkan menjadi satu perkataan:

"Well, slithy means lithe and slimy... You see it's like a portmanteau — there are two meanings packed up into one word."

Lewis Carroll dalam buku Through the Looking-Glass (1871).

Perkataan portmanteau (pada zaman novel ini dikarang, ia merujuk kepada suatu jenis beg bimbit yang dibahagikan kepada dua bahagian masing-masing untuk membawa pakaian dan barangan lain semasa melancong[10]) yang memerangkan fenomena ini sendirinya merupakan suatu kata gabung: ia kata pinjaman bahasa Perancis porte-manteau yang hasil penggabungan porter, "membawa" dan manteau, "mantel" (dua-duanya berakar dari mantellum dalam bahasa Latin).[11]

Lihat pula

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.