Port Sudan
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Port Sudan ( Arab: بور سودان, rumi: Būr Sūdān , Beja : Bar'uut ) ialah sebuah bandar dan pelabuhan dekat Laut Merah di timur Sudan, dan juga ibu kota kepada negeri Laut Merah. Port Sudan ialah pelabuhan utama dan sumber kepada 90% daripada perdagangan antarabangsa negara Sudan.[1]
Port Sudan
بور سودان Bar'uut | |
---|---|
Bandar | |
Koordinat: 19°37′N 37°13′E | |
Negara | Sudan |
Negeri | Laut Merah |
Penduduk (2007) | |
• Jumlah | 489,725 |
Port Sudan telah dibina antara tahun 1905 dan 1909 oleh pentadbiran Anglo-Mesir Sudan untuk menggantikan kota pelabuhan Suakin.[2] Saluran paip minyak telah dibina di antara pelabuhan dan bandar Khartoum pada tahun 1977.
Bandar ini mempunyai kilang penapisan minyak dan mengendalikan 90% perdagangan antarabangsa negara Sudan.[2]
Bandar ini mempunyai pelabuhan kontena moden untuk mengendalikan import dan eksport.[2] Pelabuhan ini ialah sebahagian daripada Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 yang membentang dari pantai China melalui Terusan Suez ke Mediterranean, dari sana terus ke wilayah Adriatik Atas Trieste dengan sambungan kereta apinya ke Eropah Tengah dan Timur.[3][4][5][6]
Bandar ini ialah rumah kepada Universiti Laut Merah, yang ditubuhkan pada tahun 1994.[7]
Tahun | Populasi |
---|---|
1906 | 4,289 |
1941 | 26,255 |
1973 | 132,632 |
1983 | 209,938 |
1993 | 305,385 |
2007 ( est. ) | 489,275 |
2008 ( est. ) | 517,338 |
Penduduk kebanyakannya terdiri daripada orang Arab Sudan, termasuk orang asli Beja, dengan sedikit minoriti Asia dan Eropah.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.