Ponginae
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ponginae merupakan sebuah subkeluarga di bawah keluarga Hominidae. Dahulunya sarat dengan pelbagai ahli mawas Eurasia, kini hanya tinggal satu genus yang Neontologi yang wujud, iaitu Pongo (orang utan) yang mengandungi tiga spesies ekstan, iaitu orang utan Sumatera (Pongo abelii), orang utan Tapanuli (Pongo tapanuliensis,) dan orang utan Borneo (Pongo pygmaeus). Ketiga-tiganya tergolong sebagai spesies terancam genting oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN).[1][2][3]
Fakta Segera Pengelasan saintifik, Genus ...
Ponginae | |
---|---|
Pongo pygmaeus (Orang utan Borneo) | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Order: | Primates |
Suborder: | Haplorhini |
Infraorder: | Simiiformes |
Keluarga: | Hominidae |
Subkeluarga: | Ponginae |
Genus | |
†Lufengpithecus |
Tutup