Hari Thaiponggal (Tamil: தைப்பொங்கல்) merupakan perayaan semasa musim menuai yang diraikan secara meluas oleh masyarakat etnik Tamil di negeri Tamil Nadu, Sri Lanka, Malaysia, Singapura, Afrika Selatan, Amerika, United Kingdom, Perancis, Seychelles, Australia, Kanada dan tempat-tempat dengan penduduk etnik Tamil ramai. Ponggal juga dikenali sebagai Makara Sankranthi yang disambut di seluruh India. Pongal dalam bahasa Tamil bererti "melimpah-ruah." Susu lembu yang melimpah apabila dipanaskan dalam periuk belanga tanah liat melambangkan kekayaan yang melimpah ruah. Thaiponggal, dirayakan ketika masa menuai, secara tradisi bertujuan berterima kasih kepada Dewa Matahari (Suryabagawan) dan ternakan ladang yang membantu menghasilkan kekayaan harta benda.

Fakta Segera Thai Pongal தைப்பொங்கல், Observed by ...
Thai Pongal
தைப்பொங்கல்
Observed byEtnik Tamil, paling ketara;
India Malaysia
India Amerika
Tamil Sri Lanka
Indo-Mauritia
India Singapura
India Britain
Indian Afrika Utara
Indo-Kanada
TypePerayaan orang Tamil
SignificancePerayaan menuai. Berterima kasih kepada Dewa Matahari untuk kelimpahan pertanian selama 4 hari
CelebrationsMemberi Pongal kepada Dewa Matahari Hindu, Doa di Kuil dan berkongsi hidangan Pongal.
DateHari pertama bulan kesepuluh Thailand dalam kalendar Tamil
Related toMakar Sankranti (di Andhra Pradesh, Bengal Barat, Kerala, Bihar, Goa, Karnataka, Orissa, Madhya Pradesh, Maharashtra, Manipur, Telangana, Uttar Pradesh di India)
Magh Bihu (di Assam, India)
Uttarayana (di Gujurat dan Rajasthan di India)
Maghi (di Haryana, Himachal Pradesh dan Punjab di India)
Maghe Sankranti (di Nepal)
Shakrain (di Bangladesh)
Tutup

Ucapan "Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum" (தை பிறந்தால் வழி பிறக்கும்) bererti "permulaan Thai membuka peluang baru" sering diucap berkait dengan perayaan hari Thaiponggal.[1] . Perayaan ini biasanya dirayakan sekitar 13 Januari — 15 dalam kalender Gregorian contoh. Hari terakhir bulan Tamil takwim Tamil "Maargazhi" sehingga hari ketiga takwim Tamil.

Thaiponggal secara tradisi ditasbihkan kepada dewi Matahari Surya sebagai berterima kasih untuk hasil tuaian yang baik dan mengabadikan tuaian pertama kepada Dewi Matahari.

Perayaan ini menandakan permulaan bulan Thai (தை) dalam kalendar Tamil. Ia menandakan hari apabila Matahari dikatakan bergerak ke utara. Ia menandakan permulaan Uttarayana, yang mewakili pergerakan matahari ke utara. Hari menjadi semakin panjang di tanah Tamil Nadu. Thai Pongal jatuh pada Makara Sankranthi dirayakan seluruh India sebagai penuaian. Ia juga mewakili solstice India apabila matahari dikatakan memasuki rumah ke-10 dalam Takwim India Contoh. Makara atau Capricorn.

Thai Ponggal dirayakan selama tiga hari. Hari pertama merupakan hari untuk berterima kasih kepada Dewa Matahari yang mana tanpanya, semua benda hidup tidak dapat berfungsi.

Hari kedua adalah untuk berterima kasih kepada ternakan lembu yang membantu dalam proses pertanian padi dan juga berkongsi susunya dengan manusia.

Hari ketiga dikhaskan kepada gadis-gadis yang belum berkahwin kerana pada ketika ini mereka tidak ke sawah. Mereka memakai pakaian baharu yang serba cantik dan menawan dan selalunya dianggap sebagai upacara peminangan terbuka untuk jejakan yang belum berkahwin.

Sepanjang perayaan 3 hari ini, rumah-rumah dicat dan dihias dengan tebu, pelepah kelapa dan kolam yang berwarna-warni. Semua orang memakai pakaian baharu. Ponggal atau nasi manis dimasak dan dikongsi bersama sanak-saudara. Pesta dan pertandingan seperti silambam, penjinakan lembu jantan dan banyak persembahan lain akan diadakan. Perayaan ini bertujuan memberi rehat kepada pesawah, ternakan dan semua rakyat supaya mereka dapat bergembira dan juga sebagai peluang untuk gadis dan jejaka untuk memilih pasangan mereka.

Sejarah

Perayaan ini mungkin lebih 1,000 tahun sungguhpun sesetengah merasakan ia adalah lebih dahulu dari itu. Bukti Epigrafik mencadangkan sambutan Puthiyeedu semasa tempoh Empayar Medieval Cholas. Ia dipercayai bahawa Puthiyeedu bererti tuaian pertama tahun itu.[2].


Nota

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.