Polis EVO 2
Filem aksi komedi Malaysia 2018 arahan Joel Soh dan Andre Chiew / From Wikipedia, the free encyclopedia
Polis EVO 2 (juga dikenali sebagai Police Evo untuk keluaran Indonesia)[3] ialah filem aksi kepolisan Malaysia 2018 diarahkan bersama oleh Joel Soh dan Andre Chiew serta merupakan kesinambungan daripada filem 2015 dengan tajuk sama dan filem kedua dalam siri filem Polis EVO.[4] Barisan pelakon terdiri daripada Shaheizy Sam, Zizan Razak, Hairul Azreen, Hasnul Rahmat, Shafie Naswip, Riz Amin, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Raline Shah, Mike Lucock, dan Tanta Ginting. Ia mengisahkan sekumpulan pengganas telah menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan.
Polis EVO 2 | |
---|---|
Pengarah |
|
Penulis |
|
Dihasilkan oleh | Joel Soh |
Dibintangi | |
Sinematografi | Tan Teck Zee |
Disunting oleh | Nazim Shah |
Muzik oleh | Luka Kuncevic (komposer utama) Maveriq Studios (muzik tambahan) |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 138 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | |
Bajet | RM 8 juta |
Pecah panggung | RM 22.45 juta[1][2] |
Penggambaran dijalankan dari Oktober 2017 dan berakhir pada Januari 2018, filem ini ditayangkan pada 22 November 2018 dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem serta telah meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM 20 juta dalam tempoh 17 hari, menjadikannya sebagai salah satu dari filem tempatan dengan kutipan pecah panggung tertinggi di Malaysia.[5][6] Pada Disember 2018, Harian Metro menyenaraikan Polis EVO 2 sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018.[7] Filem ini ditujukan khas bagi memperingati Allahyarham Rahmat Razali yang kembali ke Rahmatullah sebelum keluaran filem ini. Kesinambungan ketiga filem ini, Polis EVO 3 dalam penerbitan, dengan Syafiq Yusof menggalas tanggungjawab sebagai pengarah.[8]