![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/57/Plantains.jpg/640px-Plantains.jpg&w=640&q=50)
Plantain betul
subkumpulan kultivar pisang / From Wikipedia, the free encyclopedia
Bagi pisang berkanji lain yang dibuat masakan, lihat pisang masakan.
Plantain betul (atau umumnya pisang tanduk)[1][2] ialah kumpulan kultivar genus Musa (pisang dan plantain) yang ditempatkan dalam Kumpulan genom AAB.[3] Istilah "plantain" ini merujuk pada kesemua kultivar pisang yang selalu dimakan selepas dimasak berbanding mentah (lihat pisang olahan), atau boleh merujuk pada ahli lain subkumpulan kultivar Musa, macam plantain Pasifik,[4] sungguhpun di Afrika, tiada kelainan yang jelas dibuat untuk kededuanya, yang mana ia sering dimasak.[5] Punti betul boleh dipecahkan kepada empat kumpulan berdasarkan jenis sikatnya: punti French, French Horn, False Horn dan Horn.[6]
Fakta Segera Subkumpulan Punti, Genus ...
Subkumpulan Punti | |
---|---|
![]() Punti untuk dijual. | |
Genus | Musa |
Spesies | Musa × paradisiaca |
Keturunan kacukan | M. acuminata × M. balbisiana |
Kumpulan kultivar | kumpulan AAB, subkumpulan Punti |
Asal | Asia Tenggara, Asia Selatan, Afrika Barat |
Tutup
Setiap jenis sikat mempunyai kelainan kultivar yang digabungkan dengannya:[6]
- Kultivar French: 'Obino l'Ewai' (Nigeria), 'Nendran' (India), 'Dominico' (Colombia)
- Kultivar French Horn: 'Batard' (Cameroon), 'Mbang Okon' (Nigeria)
- Kultivar False Horn: 'Agbagba' and 'Orishele' (Nigeria), 'Dominico-Harton' (Colombia)
- Kultivar Horn: 'Ishitim' (Nigeria), 'Pisang Tandok' (Malaysia)