Pitta adalah satu keluarga biologi, Pittidae, burung siul yang boleh ditemui di Asia, Australasia dan Afrika. Terdapat kira-kira 40 hingga 42 spesies pitta, semuanya serupa dari segi rupa umum dan kelakuan. Pitta merupakan suboscine Dunia Lama, and saudara paling rapat mereka adalah burung-burung dalam Smithornis dan Calyptomena. Asalnya, ia diletakkan dalam genus tunggal, apabila pada tahun 2009 mereka dipisahkan kepada tiga genera: Pitta, Erythropitta dan Hydrornis. Pitta merupakan burung siul bersaiz standard, dengan panjang 15 hingga 25 cm (5.9–9.8 in), berbadan bulat, dan kaki dan jari yang panjang dan kuat. Ia mempunyai ekor pendek dan bulat, paruh yang sedikit bengkok. Kebanyakan mempunyai bulu yang berwarna terang.

Fakta Segera Pitta, Pengelasan saintifik ...
Pitta
Thumb
Burung Pacat Gembala Pelandok di selatan Thailand
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Suborder: Tyranni
Infraorder: Eurylaimides
Superkeluarga: Pittoidea
Keluarga: Pittidae
Authority disputed.[lower-alpha 1]
Genera
Tutup

Kebanyakan spesies pitta hidup di kawasan tropika; beberapa spesies boleh ditemui di kawasan iklim berbeza. Meskipun kebanyakan spesies hidup di kawasan hutan, terdapat juga spesies yang hidup di hutan bakau dan belukar. Pitta merupakan sejenis burung yang menjaga kawasannya dan hidup bersendirian. Ia mencari makan di lantai hutan hujan yang dilindungi oleh teduhan. Ia memakan cacing tanah, siput, serangga dan serangga invertebrata sepertinya, selain haiwan vertebrata kecil. Pitta adalah spesies monogami dan burung betina akan bertelur sehingga enam biji dalam sebuah sarang berkubah yang besar di dalam batang poko atau belukar, atau kadang kala di atas tanah. Pasangan akan menjaga anak-anaknya. Empat spesies pitta merupakan burung migrasi sepenuhnya, dan beberapa spesies yang lain ada separa migrasi. Bagaimanapun, migrasi mereka hanya sedikit yang difahami.

Empat spesies pitta telah disenaraikan sebagai Terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semulajadi; sembilan spesies lagi disenaraikan sebagai Ancaman Lemah dan beberapa lagi Hampir Terancam. Ancaman utama pada pitta adalah kehilangan habitat ekoran aktiviti pelupusan hutan yang pantas, selain menjadi sasaran perdagangan burung sangkar. Pitta adalah satu spesies popular dalam kalangan pemerhati burung ekoran warna bulunya yang terang dan kesukaran untuk menemuinya.

Spesies burung pitta

Terdapat 42 spesies burung pitta yang dibahagikan kepada tiga genera berdasarkan Kongres Ornitologikal Antarabangsa' (IOC) Birds of the World: Recommended English Names.[4]

Maklumat lanjut Imej, Genus ...
ImejGenusSpesies hidup
Hydrornis
Erythropitta
  • Pacat Koch, Erythropitta kochi
  • Pacat Filipina, Erythropitta erythrogaster
  • Pacat Sula, Erythropitta dohertyi
  • Pacat Sulawesi, Erythropitta celebensis
  • Pacat Siau, Erythropitta palliceps
  • Pacat Sangihe, Erythropitta caeruleitorques
  • Pacat Maluku Selatan, Erythropitta rubrinucha
  • Pacat Maluku Utara, Erythropitta rufiventris
  • Pacat Louisiade, Erythropitta meeki
  • Pacat Bismarck, Erythropitta novaehibernicae
  • Pacat Papua, Erythropitta macklotii
  • Pacat Belang Biru, Erythropitta arcuata
  • Pacat Kepala Merah, Erythropitta granatina
  • Pacat Jambul Hitam, Erythropitta ussheri
  • Pacat Graceful, Erythropitta venusta
Pitta
Tutup

Nota

  1. Walter Bock credited William Swainson, 1831 as the authority for the family name Pittidae.[1] This assignment has been disputed by Storrs Olson on the grounds that Swainson used the word Pittae as the plural form of the Latin word Pitta and did not intend to introduce a family name.[2] Charles Lucian Bonaparte used "Pittidae" for the family in 1850.[3]

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.