Pitch Perfect 3
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pitch Perfect 3 ialah sebuah filem komedi muzikal Amerika Syarikat 2017 arahan Trish Sie dan ditulis oleh Kay Cannon dan Mike White. Kesinambungan dari filem Pitch Perfect 2 (2015) dan filem ketiga dan terakhir dalam siri filem Pitch Perfect. Barisan pelakon terdiri daripada Anna Kendrick, Anna Camp, Rebel Wilson, Brittany Snow, Hailee Steinfeld, Hana Mae Lee, Ester Dean, Chrissie Fit, Alexis Knapp, John Lithgow, Ruby Rose, Kelley Jakle, Shelley Regner, Elizabeth Banks dan John Michael Higgins. Filem ini mengisahkan tentang Bellas yang kini tamat belajar, bersatu kembali untuk satu persembahan terakhir bersama semasa jelajah USO luar negeri.
Pitch Perfect 3 | |
---|---|
Pengarah | Trish Sie |
Lakon layar |
|
Cerita oleh | Kay Cannon |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Matthew Clark |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | Christopher Lennertz |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Universal Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 93 minit[1] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bajet | $45 juta[2] |
Pecah panggung | $183.1 juta[2] |
Penggambaran dijalankan pada Januari 2017 di Atlanta, Georgia dan berakhir pada April 2017. Filem ini dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 22 Disember 2017 ini menerima ulasan positif dari pengkritik, dan telah meraih $183 juta di seluruh dunia pada 14 Februari 2018.[3][4] Filem ini menjadi filem komedi muzikal terlaris tertinggi kedua sepanjang masa, di belakang dari filem kedua.[5]