![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/f/fc/Pisau_Cukur_poster.jpg/640px-Pisau_Cukur_poster.jpg&w=640&q=50)
Pisau Cukur
Filem komedi misteri Malaysia 2009 arahan Bernard Chauly / From Wikipedia, the free encyclopedia
Bagi alat penjagaan diri, lihat pisau cukur.
Pisau Cukur ialah sebuah filem komedi misteri Malaysia 2009 yang ditayangkan kepada umum mulai 5 November 2009. Filem terbitan Redfilms ini dibintangi oleh Nur Fazura, Maya Karin, Aaron Aziz, Redza Minhat dan Eizlan Yusof di bawah arahan Bernard Chauly. Ini merupakan kali ketiga Bernard mengarahkan filem cetera untuk tayangan pawagam selepas Gol & Gincu dan Goodbye Boys.
Fakta Segera Pisau Cukur, Pengarah ...
Pisau Cukur | |
---|---|
![]() Kad lobi | |
Pengarah | Bernard Chauly |
Penulis | Rafidah Abdullah |
Dihasilkan oleh | Lina Tan |
Dibintangi | Fazura Maya Karin Aaron Aziz Redza Minhat Eizlan Yusof [1] |
Sinematografi | Haris Hue |
Disunting oleh | Soo Chen |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 104 minit[2] |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.40 juta |
Pecah panggung | RM 2.32 juta[3] |
Tutup
Tajuk filem ini berasal dari simpulan bahasa "pisau cukur" yang bermaksud perempuan yang menghabiskan wang atau harta teman lelakinya dengan sewenang-wenangnya.