![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/1c/Semisi_Sika_May_2019.jpg/640px-Semisi_Sika_May_2019.jpg&w=640&q=50)
Pilihan raya umum Tonga 2021
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pada 18 November 2021, sebuah pilihan raya umum telah diadakan di Tonga untuk memilih 17 daripada 26 orang ahli Dewan Undangan Tonga.[1]
![]() | |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
17 daripada 26 kerusi Dewan Undangan Tonga | |||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||||||
|
Susulan pilihan raya, Viliami Tangi dipilih sebagai Speaker sementara.[2] Tiga calon pada mulanya meluahkan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri: Perdana Menteri interim Pohiva Tuʻiʻonetoa, bekas Menteri Kewangan ʻAisake Eke dan bekas Timbalan Perdana Menteri Siaosi Sovaleni.[3][4] Tuʻiʻonetoa kemudiannya menarik balik pencalonannya, menjadikan Sovaleni sebagai orang terhadapan.[5]
Parlimen Tonga bermesyuarat pada 15 Disember lalu mencalonkan Sovaleni dan Eke sebagai Perdana Menteri.[6] Seterusnya, Sovaleni terpilih dengan 16 undian.[7][8] Sementara itu, Fatafehi Fakafanua pula dipilih semula sebagai Speaker.[9]