Pilihan raya presiden telah diadakan di Algeria pada 17 April 2014.[1] Penyadang jawatan presiden Abdelaziz Bouteflika telah dipilih semula dengan 82% undi.
| |||||||||||||||||
22,880,678 pengundi berdaftar | |||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengundi hadir | 51.70% | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
|
Berikutan pilihan raya presiden pada 2009, Algeria dan rantau Arab telah diselebungi oleh kebangkitan yang dikenali sebagai "Musim Bunga Arab". Suatu siri bantahan berlaku diantara tahun 2010 hingga 2012, tetapi negara ini tidak mengalami perubahan rejim seperti negara jirannya, Tunisia dan Libya.
Pada November 2013, Barisan Pembebasan Kebangsaan mengesahkan bahawa penyandang jawatan presiden bermasalah, Abdelaziz Bouteflika sebagai calonnya.[2] Pencalonan Bouteflika disahkan oleh Perdana Menteri, Abdelmalek Sellal pada lewat Februari.[3] Ali Benflis, mantan Perdana Menteri mengumumkan pada 19 Februari 2014 bahawa beliau akan bertanding bagi jawatan presiden.[4] Louisa Hanoune, Setiausaha Agung Parti Pekerja, mengemukakan pencalonan beliau pada 21 Januari 2014.[5]
Menteri Dalam Negeri, Taieb Belaiz mengumumkan pada 18 April bahawa Bouteflika telah memenangi 81.53% undi manakala Benflis pula di tempat kedua dengan 12.18%.[6] Peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 51.7%, iaitu lebih rendah berbanding pada tahun 2009 dengan 75%.[7]
Calon | Parti | Jumlah undian | % | |
---|---|---|---|---|
Abdelaziz Bouteflika | Barisan Pembebasan Kebangsaan | 8,332,598 | 81.53 | |
Ali Benflis | Bebas | 1,244,918 | 12.18 | |
Abdelaziz Belaid | Barisan untuk Masa Hadapan | 343,624 | 3.36 | |
Louisa Hanoune | Parti Pekerja | 140,253 | 1.37 | |
Ali Fawzi Rebaine | Ahd 54 | 101,046 | 0.99 | |
Moussa Touati | Barisan Kebangsaan Algeria | 57,590 | 0.56 | |
Undian tidak sah/kosong | 1,087,449 | – | ||
Jumlah | 11,307,478 | 100 | ||
Pengundi berdaftar/Keluar mengundi | 21,871,393 | 51.70 | ||
Sumber: Kementerian Dalam Negeri Diarkibkan 2014-04-22 di Wayback Machine |
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.