From Wikipedia, the free encyclopedia
Pilgrim ([pil.grim], "Penziarah") ialah nama yang digunakan untuk merujuk kepada peneroka awal Koloni Plymouth yang sekarang dipanggil Plymouth, Massachusetts. Pemimpin mereka datang daripada pecahan mazhab Anglikanisme yang melarikan diri dari East Midlands, England ke Belanda atas kebimbangan bahawa mereka akan kehilangan identiti budaya sendiri. Mereka kemudian berhijrah ke Dunia Baru - yakni Amerika Utara - untuk mencuba nasib yang diharapkan melindungi mereka: mereka menumpang kapal Mayflower dari Southampton berlayar selama 66 hari sebelum berjaya menjejakkan kaki di benua baru ini pada tahun 1620. Koloni yang didirikan mereka ini penempatan tertua didiami bangsa Inggeris dan petempatan Inggeris yang kedua berjaya selepas Jamestown, Virginia, pada tahun 1607.
Kisah bagaimana golongan Pilgrim ini mencari kebebasan beragama menjadi tema penting dalam sejarah dan budaya Amerika Syarikat.[1]
Suatu pecahan dalam kalangan pengikut Gereja England mula terbentuk berdasarkan aliran seorang pemikir bernama Robert Browne sekitar tahun 1605 - Browne mengemukakan suatu fahaman yang menyatakan himpunan agama yang sebenar-sebenarnya dikukuhkan secara sama rata sesama penganut dalam suatu masyarakat yang rela, maka keterkaitan anutan mereka (digelar Brownists) dengan sesebuah kerajaan dilihat tidak munasabah lalu mereka merasakan patut beribadah tanpa hubungan dengan gereja sedia ada.[2][3]
Keadaan ini sangat mengancam di mata pihak penguasa England memandangkan Akta Keseragaman 1550 (Act of Uniformity 1559) mengharamkan meninggalkan misa-misa Ahad dan hari suci Gereja secara sengaja dengan denda satu shilling (£0.05; atau kira-kira £12 ikut inflasi terkini)[4] satu hari, serta pemenjaraan untuk kesalahan lebih berat. Seberapa orang kuat pergerakan ini ditangkap dan dihukum mati atas dakwaan menderhaka pada 1593, Browne pula dan para pengikutnya melarikan diri ke Middelburg.
Para pengikut Browne berhijrah ke Belanda di mana mereka menempat di kota industri Leiden sekitar 1607-08,[5][6] mereka menduduki rumah-rumah berhampiran jalan menghadap Pieterskerk. Ada yang berjaya menyara diri bekerja dalam industri-industri tekstil, percetakan dan pembuatan bir mahupun sebagai kakitangan Universiti Leiden, ada pula yang terkekang kerana latar belakang desa mereka serta ketidakmampuan mereka berbahasa setempat.[7] Meskipun demikian, banyak dalam kalangan Brownis ini merasakan terlalu diasingkan dari segi budaya dan anutan setempat yang dianggap jauh terlalu bebas; oleh itu mereka merasakan mereka tidak boleh bertahan kekal di Leiden.[8]
Tidak lama kemudian, perlepasan mereka mula dirancang dengan rombongan Puritan muda yang mendahului kerana bekalan dan masa yang tidak mencukupi. Para Puritan mula mendapatkan suatu kapal kecil (Speedwell) yang mengangkut mereka dari Belanda dan England serta untuk tujuan menangkap ikan menampung kos penjelajahan mereka manakala suatu kapal lebih besar bernama Mayflower disewa untuk tujuan pengangkutan dan penerokaan ke Dunia Baru.[9][10]
Para penumpang Mayflower akhirnya dapat menjumpai daratan pada 9 November 1620 yang disahkan sebagai Cape Cod dalam kawasan New England, suatu bacaan Psalm 100 diadakan sebagai tanda kesyukuran. Mereka asalnya mahu berlayar ke arah Sungai Hudson, namun arus deras memaksa mereka membelok ke suatu lembangan semulajadi yang berdekatan (kini dinamakan Provincetown Harbor), di lembangan inilah kapal mereka berlabuh pada 11 atau 21 haribulan November.[11][12]
Suatu perjanjian taat setia dari semua penumpang kapal dilakukan sebagai peletak ganti piagam kebenaran yang tidak sempat dimeterai lengkap semasa berlayarnya Mayflower iaitu Mayflower Compact,[13][14][15][16] ia ditandatangani 41 orang penumpang lelaki[17] mewakili kesemua 102 orang isi kapal yang ada (73 orang lelaki dan 29 orang perempuan termasuk 19 orang pembantu lelaki dan 3 orang pembantu perempuan serta seberapa kelasi dan tukang.[18] Seorang bernama John Carver dilantik sebagai gabenor pertama petempatan ini.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.