Piala Raja Sepanyol
From Wikipedia, the free encyclopedia
Piala Raja Sepanyol (Sepanyol: Copa del Reycode: es is deprecated , "Piala Raja") merupakan sebuah acara pertandingan bola sepak tahunan bagi pasukan-pasukan bola sepak seluruh Sepanyol. Nama penuh acara ini adalah Campeonato de España - Copa de Su Majestad el Rey ("Kejuaraan Sepanyol - Piala Baginda Raja"), di mana ia juga dikenali sebagai La Copa.
Rencana ini perlu dikemas kini. (Ogos 2022) |
Fakta Segera Badan penganjuran, Ditubuhkan ...
Badan penganjuran | Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol |
---|---|
Ditubuhkan | 1903 |
Kawasan | Sepanyol |
Jumlah pasukan | 126 buah |
Layak ke | Liga Europa UEFA Supercopa de España |
Juara semasa | Real Betis (menang kali ke-3) |
Kelab paling berjaya | Barcelona (31 gelaran) |
Laman sesawang | rfef.es (dalam bahasa Sepanyol) |
Piala Raja Sepanyol 2022–23 |
Tutup
Pertandingan ini bermula pada tahun 1903 yang menjadikannya pertandingan bola sepak tertua di Sepanyol. Pasukan yang memenangi piala ini biasanya akan mara ke Liga Europa UEFA; melainkan jika mereka juga layak untuk Liga Juara-Juara UEFA.