Piala Dunia B-20 FIFA 2015
From Wikipedia, the free encyclopedia
Piala Dunia B-20 FIFA 2015 adalah edisi ke-20 Piala Dunia B-20 FIFA sejak penubuhannya pada tahun 1977 sebagai Piala Dunia Remaja FIFA. Pertandingan ini buat pertama kali berlangsung di New Zealand,[1] buat kali ketiga di benua Oceania selepas Australia pada edisi 1981 dan 1993. Sejumlah 52 perlawanan dimainkan di tujuh hos bandar.[2]
2015 FIFA U-20 World Cup | |
---|---|
Perincian kejohanan | |
Negara tuan rumah | ![]() |
Tarikh | 30 Mei – 20 Jun |
Pasukan | 24 (dari 6 konfederasi) |
Tempat | 7 (di 7 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | ![]() |
Naib Juara | ![]() |
Tempat Ketiga | ![]() |
Tempat Keempat | ![]() |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 52 |
Jaringan gol | 154 (2.96 per perlawanan) |
Kehadiran | 396,668 (7,628 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | ![]() ![]() (5 gol) |
Pemain terbaik | ![]() |
Penjaga gol terbaik | ![]() |
Anugerah Permainan Bersih | ![]() |
← 2013 2017 → |
Semasa mesyuarat pertama jawatankuasa penganjur tempatan pada bulan Januari 2013, tarikh sementara 19 Jun - 11 Julai diberikan ke arah penganjuran permainan, dengan keputusan akhir untuk pemilihan bandar dan stadium pada asalnya dijadualkan berlansung pada bulan Februari 2013.[3] Penangguhan sebanyak dua kali berlaku.[4][5]
Perancis, juara 2013, tidak dapat mempertahankan kejuaraan mereka kerana gagal layak ke peringkat akhir pertandingan kelayakan UEFA.[6] Disebabkan itu, mereka menjadi penyandang juara keempat berturut-turut gagal layak ke pertandingan akhir.
Serbia menang perlawanan akhir ke atas Brazil 2–1 dan menjadi pasukan pertama dari Serbia untuk memenangi Piala Dunia FIFA sejak kemerdekaan mereka dari Yugoslavia dan Serbia and Montenegro. Sebelum ini mereka beraksi menang edisi 1987 sebagai Yugoslavia.