Piala Asia B-17 AFC
From Wikipedia, the free encyclopedia
Piala Asia B-17 AFC adalah merupakan kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) yang diadakan setiap dua tahun sekali untuk pasukan di bawah-17 tahun yang di mana ia juga berfungsi sebagai kejohanan kelayakan untuk Piala Dunia B-17 FIFA. Kejohanan ini mula ditubuhkan pada tahun 1985.
Ditubuhkan | 1985 |
---|---|
Kawasan | Asia (AFC) |
Jumlah pasukan | 16 |
Juara semasa | Jepun (Gelaran Ke-4) |
Pasukan paling berjaya | Jepun (4 Gelaran) |
Kelayakan Piala Asia B-17 2025 |
Empat pasukan teratas iatu juara, naib juara dan dua pasukan yang kalah di peringkat separuh akhir layak untuk mengambil bahagian di Piala Dunia B-17 tahun. Diantara tahun 2002 dan 2006 ia diadakan sebagai kejohanan bawah 17 tahun. Pada 2008 dan 2020, ia telah ditukar kembali kepada Kejohanan B-16. AFC telah mencadangkan untuk beralih semula kepada kejohanan bawah 17 tahun bermula dari 2023.[1] Selain itu, kejohanan itu juga akan dijenamakan semula daripada "Kejohanan Remaja B-16 AFC" kepada "Piala Asia B-17 AFC".[2]
Semenjak kejohanan dari tahun 1985 hingga 2006 perlawanan penentuan tempat ketiga diadakan, namun bermula dari tahun 2008 hingga sekarang ia tidak dimainkan lagi. Hanya penentuan juara dan naib juara dimainkan.
Juara semasa adalah Jepun yang juga merupakan juara terbanyak dengan 3 gelaran, manakala 5 pasukan berkongsi kejuaraan dengan 2 gelaran iatu Korea Selatan, China, Arab Saudi, Oman dan Korea Utara. Pasukan Iran, Iraq, Qatar, Thailand dan Uzbekistan pula masing-masing dengan 1 gelaran kejuaraan.