From Wikipedia, the free encyclopedia
Phobos (nama sistematik: Mars I, "Marikh I") ialah salah satu daripada dua satelit semula jadi yang mengelilingi Marikh, satu lagi ialah Deimos.[8]
Penemuan | |
---|---|
Ditemui oleh | Asaph Hall |
Tarikh penemuan | 18 Ogos 1877 |
Designasi | |
Sebutan | /ˈfoʊbɒs/[1] or /ˈfoʊbəs/[2] |
Dinamakan sempena | Φόβος (Phobos) |
Adjektif | 'Phobian[3] /ˈfoʊbiən/[4] |
Ciri-ciri orbit | |
Epok J2000 | |
Periapsis | 234.42 km 9[5] |
Apoapsis | 517.58 km 9[5] |
Paksi semimajor | km 9376[5] (2.76 jejari Marikh) |
Kesipian | 0.0151[5] |
Tempoh orbit | 91023 h 0.318 (7 jam 39.2 minit) |
Kelajuan purata orbit | 2.138 km/s[5] |
Kecondongan | 1.093° (mengikut khatulistiwa Marikh) 0.046° (mengikut satah Laplace) 26.04° (mengikut ekliptik) |
Satelit bagi | Marikh |
Ciri-ciri fizikal | |
Dimensi | 27 × 22 × 18 km[5] |
Min jejari | km 11.2667 (41 mBumi) 1.769 |
Luas permukaan | 548.3 km2 1[5] (3.03545 µBumi) |
Isi padu | 783.61 km3 5 (33 nBumi) 5.339 |
Jisim | ×1016 kg 1.0659[5] (77 nBumi) 1.784 |
Min ketumpatan | g/cm3 1.876[5] |
Graviti permukaan khatulistiwa | m/s2 0.0057[5] (581.4 µ g) |
Halaju lepas | 11.39 m/s (41 km/h)[5] |
Tempoh putaran | Segerak |
Halaju putaran khatulistiwa | 11.0 km/j (6.8 mph) (di paksi terpanjang) |
Kecondongan paksi | 0° |
Albedo | 0.071±0.012[6] |
Magnitud ketara | 11.8[7] |
sunting |
Phobos ialah suatu objek yang kecil dan berbentuk tidak sekata, dengan jejari purata 11 km, dan tujuh kali lebih besar daripada Deimos. Phobos mengelilingi Marikh pada jarak 6,000 km dari planet itu, jarak paling dekat suatu satelit semula jadi dengan planet induk dalam kalangan bulan-bulan Sistem Suria. Phobos melengkapi satu putaran orbit dalam masa hanya 7 jam 39 minit. Dari Marikh, Phobos terbit dari barat, muncul di langit dalam 4 jam 15 minit atau kurang lalu terbenam di timur dua kali setiap hari Marikh.
Model dan gambar Phobos mendapati bahawa bulan ini sedang dimusnahkan akibat interaksi pasang surut. Phobos menjadi semakin dekat dengan Marikh sebanyak dua meter setiap seratus tahun, dan Phobos dianggarkan akan berlanggar dengan Marikh atau musnah menjadi cincin planet dalam masa 30 ke 50 juta tahun akan datang.[9]
Phobos mempunyai dimensi 27 km × 22 km × 18 km dan memiliki jisim yang terlalu sedikit untuk memiliki graviti yang cukup kuat membentuk Phobos menjadi sfera.[10] Phobos ialah salah satu badan yang paling kurang memantulkan cahaya, dengan albedo kira-kira 0.071. Suhu permukaan Phobos adalah daripada −4 °C di kawasan terdedah sinaran Matahari ke −112 °C di kawasan yang terlindung.[9]
Ketumpatan Phobos adalah terlalu rendah untuk menganggap Phobos sebagai batuan pejal, dan diketahui bersifat poros secara ketara.[11][12][13] Keputusan-keputusan ini mencadangkan bahawa Phobos mungkin memiliki jumlah ais yang banyak.
Phobos mempunyai banyak kawah.[14] Kawah yang paling utama ialah Stickney, sebuah kawah hentaman besar dengan diameter lebih kurang 9 km, mengambil luas permukaan yang besar berbanding permukaan Phobos. Hentaman yang membentuk kawah Stickney hampir menghancurkan Phobos.[15]
Phobos dijumpai oleh ahli astronomi, Asaph Hall pada 18 Ogos 1977 di Balai Cerap Tentera Laut Amerika Syarikat di Washington, D.C., beberapa hari selepas beliau menemui satu lagi bulan Marikh, Deimos.[16][17] Nama Phobos (asalnya dieja sebagai Phobus) dicadangkan oleh Henry Madan (1838–1901), ahli sarjana sains dari Kolej Eton berdasarkan watak mitologi Yunani.[18][19]
Phobos telah diambil gambarnya secara dekat oleh beberapa kapal angkasa dengan misi utama untuk mengambil gambar Marikh. Gambar pertama yang diambil ialah gambar daripada Mariner 7 pada 1969, diikuti dengan Viking 1 pada 1977, Mars Global Surveyor pada 1998 dan 2003, Mars Express (2004, 2008, 2010 dan 2019), dan Mars Reconnaissance Orbiter paad 2007 dan 2008.
Kesatuan Soviet pernah menjalankan program Phobos yang terdiri daripada dua pendarat, Phobos 1 dan Phobos 2 yang dilancarkan pada Julai 1988. Phobos 1 gagal sebelum mendarat akibat masalah teknikal manakala operasi Phobos 2 terhenti sebelum kajian lanjutan terhadap Phobos dapat dilakukan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.