From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertempuran Takungan Chosin, juga dikenali sebagai Kempen Takungan Chosin atau Kempen Tasik Changjin (Korea: 장진호 전투 ; Cina ringkas: 长津湖战役; pinyin: Cháng Jīn Hú Zhànyì),[1][2] ialah pertempuran muktamad semasa Perang Korea. Sedikit masa selepas penyertaan Republik Rakyat China dalam konflik, Tentera Darat ke-9 Tentera Sukarelawan Rakyat [3] menyusup masuk ke wilayah timur laut Korea Utara dan mengejutkan Kor ke-X AS di kawasan Takungan Chosin. Satu pertempuran yang ganas berlangsung selama 17 hari dalam cuaca sejuk. Dalam tempoh antara 27 November dan 13 Disember 1950, 30,000[4] orang tentera PBB di bawah perintah Mejar Jeneral Edward Almond dikepung oleh lebih kurang 67,000[5] tentera China di bawah perintah Song Shi-Lun. Walaupun tentera China berjaya mengepung dan melebihi bilangan angkatan PBB, pihak PBB berjaya menembus pengepungan sambil menyebabakan kehilangan nyawa sebilangan besar tentera China. Pengunduran Kor ke-X dari pelabuhan Hungnam menandakan pengunduran kesemua tentera PBB dari Korea Utara.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.