From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertempuran Samar merupakan aksi pusat dalam Pertempuran Teluk Leyte, satu dari pertempuran laut terbesar dalam sejarah, yang berlangsung di laut Filipina berhampiran Pulau Samar, di Filipina pada 25 Oktober 1944. Sebagai satu-satunya aksi dalam pertempuran lebih besar di mana pihak Amerika tidak bersedia menghadapi pihak lawan, ia telah disebut oleh sejarahwan sebagai salah satu salah padan tentera terbesar dalam sejarah pertempuran laut.Hornfischer, James D. The Last Stand of the Tin Can Sailors: The Extraordinary World War II Story of the U.S. Navy's Finest Hour. Bantam. ISBN 978-0-553-38148-1. Cite has empty unknown parameter: |coauthors=
(bantuan)
“ | In no engagement of its entire history has the United States Navy shown more gallantry, guts and gumption than in those two morning hours between 0730 and 0930 off Samar | ” |
— Samuel Eliot Morison, History of United States Naval Operations in World War II, Volume XII, Leyte |
Pertempuran Samar | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Pasifik (Perang Dunia Kedua) | |||||||
Kapal pengangkut pengiring Gambier Bay, terbakar akibat pertempuran sebelumnya, dihimpit bedilan dari penjajap Jepun (sayup-sayup dibelakang, tengah-kanan) sejurus sebelum tenggelam semasa Pertempuran Samar. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Amerika Syarikat | Empayar jepun | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Clifton Sprague | Takeo Kurita | ||||||
Kekuatan | |||||||
"Taffy 3" 6 escort carriers, 3 destroyers, 4 destroyer escorts, 400 aircraft from Taffy 1, 2, 3 |
Pasukan pusat Jepun 4 kapal perang, 6 penjajap berat, 2 penjajap ringan, 11 kapal pembinasa, 30 kapal terbang (dalam serangan kamikaze) | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
2 kapal pengangkut pengiring 2 kapal pembinasa 1 pengiring pembinasa tenggelam 23 kapal terbang musnah 3 pengangkut pengiring rosak 1 kapal pembinasa rosak 2 pengiring pembinasa rosak 1,583 mati atau hilang 913 cedera |
3 penjajap berat tenggelam
3 penjajap berat rosak
1 pembinasa rosak
52 kapal terbang "Action Report - Leyte Operation from 12 October to 29 October 1944, p.31". United States Pacific Fleet Carrier Division 22 via bosamar.com. undated. Dicapai pada June 9, 2012. Check date values in: |
Laksamana William Halsey, Jr. diumpan bagi membawa Armada Ketiga Amerika Syarikat yang berkuasa mengejar armada umpan, meninggalkan hanya kumpulan tiga kapal pengangkut pengiring dari Armada Ke-7 Amerika Syarikat di kawasan tersebut. Satu pasukan permukaan Jepun terdiri daripada kapal perang dan kruiser, diserang sebelumnya dalam pertempuran lebih besar dan dipercayai telah berundur, sebaliknya berpatah balik tanpa dilihat dan terserempak dengan yang paling utara antara tiga kumpulan, Unit Tindakan 77.4.3 ("Taffy 3"), diperintah oleh Laksamana Muda Clifton Sprague. Bilangan kecil kapal pembinasa dan pengiring pembinasa dalam Taffy 3 tidak memiliki kuasa tembakan mahupun perisai yang berkesan bagi menentang pasukan Jepun, bagaimanapun terdesak menyerang dengan menggunakan meriam kaliber 5"/38 5 in (130 mm)/38 dan torpedo Mark 15 bagi melindungi pengunduran pengangkut "jeep" mereka yang lebih perlahan. Kapal terbang dari kapal penggangkut dari Taffy 1, 2, dan 3, termasuk FM-2 Wildcats, F6F Hellcats dan TBM Avengers, menembak, mengebom, melancarkan torpedo, menembak roket, depth-charged, menembak sekurang-kurangnya satu pistol kaliber .38 dan membuat beberapa serangan olok-olok ke atas pasukan penyerang apabila mereka kehabisan peluru."Reoccupation of Leyte Island...25 October 1944,p.13,14". United States Pacific Fleet Carrier Division 24 via bosamar.com. undated. Dicapai pada June 9, 2012. Check date values in: |date=
(bantuan)"Reoccupation of Leyte Island...25 October 1944,p.20". United States Pacific Fleet Carrier Division 24 via bosamar.com. undated. Dicapai pada June 9, 2012. Check date values in: |date=
(bantuan)
Pasukan petugas Sprague kehilangan dua kapal penggangkut pengiring, dua kapal pembinasa, satu pengiring pembinasa dan beberapa dosen kapal terbang. Lebih dari seribu orang tentera Amerika mati, setanding dengan kehilangan gabungan tentera dan kapal dalam pertempuran lebih terkenal di Pertempuran Laut Karang dan Midway. Tetapi bagi kehilangan besar buat pasukan kecil, mereka menenggelamkan atau melumpuhkan tiga kapal kruiser Jepun dan menimbulkan cukup kekeliruan bagi mendorong komander Jepun, Laksamana Madya Takeo Kurita, bagi berkumpul semula dan akhirnya berundur, berbanding untuk terus mara untuk menengelamkan kapal tentera dan perbekalan di Teluk Leyte. Dalam gabungan Pertempuran Telum Leyte, 10,000 kelasi Jepun dan 3,000 kelasi Amerika mati. Sungguhpun kapal perang Yamato dan sisa pasukannya kembali ke Jepun, pertempuran ini menandakan kekalahan akhir Tentera laut Jepun, kerana kapal perang mereka kekal di pelabuhan bagi sepanjang sisa perang dan tidak lagi menjadi pasukan tentera laut yang berkesan."Navy Cmdr. Ernest Evans' Courage Helped Sink Japan's Hopes In World War II". Investors Business Daily. May 27, 2011. Dicapai pada June 9, 2011.
Keseluruhan strategi Empayar Jepun di Teluk Leyte —rancangan yang dikenali sebagai Shō-Go 1—menetapkan bagi armada Laksamana Madya Jisaburō Ozawa—dikenali sebagai Pasukan Utara—bagi mengumpan Armada ke-3 Amerika Syarikat menjauhi kawasan pendaratan Amerika Syarikat di Teluk Leyte, menggunakan apa yang kelihatannya sebagai pasukan kapal pengangkut yang lemah. Pasukan pendaran-yang kehilangan perlindungan udara kemudiannya akan diserang dari barat dan selatan oleh Pasukan Pusat Laksamana Muda Takeo Kurita, yang akan meluru dari Brunei, dan Pasukan Selatan Laksamana Muda Shoji Nishimura. Pasukan Kurita terdiri dari lima kapal perang—termasuk kapal perang Yamato Jepun dan kapal perang Musashi, kapal perang terbesar pernah dibina- diiring oleh kapal penjajap dan kapal pembinasa. Pasukan kapal Nishimura termasuk dua kapal perang dan akan diikuti oleh Laksamana Muda Kiyohide Shima bersama tiga buah kapal penjajap.
Pada malam 23 Oktober, dua kapal selam Amerika, Dace dan Darter, mengesan Pasukan Pusat memasuki Laluan Palawan. Selepas memberitahu Halsey, kapal selam tersebut menambak torpedo dan menenggelamkan dua penjajap, sementara melumpuhkan yang ketiga dan memaksanya berundur. Salah satu daripada kapal penjajap yang tenggelam adalah kapal ppemerintah laksamana Kurita, tetapi dia diselamatkan dan memindahkan benderanya ke Yamato.
Berikutnya, kapal penggangkut Armada ke-3 melancarkan siri serangan udara terhadap pasukan Kurita di laut Sibuyan, merosakkan beberapa kapal dan menenggelamkan Musashi dan pada awalnya memaksa Kurita untuk berundur. Satu gelombang kapal terbang dari Armada ke-3 turut menyerang Pasukan Selatan Nishimura, menyebabkan kerosakan kecil. Pada masa yang sama, Laksamana Muda Takijirō Ōnishi melancarkan serangan dari lapangan terbang di Luzon menentang pasukan Halsey, dengan satu kapal terbang pengebom mengebom tepat pada kapal pengangkut pesawat ringan Amerika Syarikat Princeton yang mencetuskan letupan yang menyebabkan ia ditenggelamkan.
Pada malam yang sama, Pasukan Selatan Nishimura yang terdiri daripada dua kapal perang, sebuah penjajap berat, dan empat kapal pembinasa akan mara dari selatan dan menyelaras dengan pasukan Kurita. Unsur kedua dari Pasukan Selatan, di bawah pemerintahan oleh Laksamana Madya Kiyohide Shima dan terdiri daripada tiga penjajap dan tujuh kapal pembinasa, tertinggal di belakang Nishimura sejauh 40 nmi (46 bt; 74 km). Dalam Pertempuran Selat Suriga, kapal Nishimura memasukan perangkap maut. Diatasi oleh Pasukan Sokongan Armada Ketujuh, mereka dihancurkan, melalui galang torpedo dari 28 bot PT dan 28 kapal pembinasa sebelum terkena tembakan meriam tepat kawalan radar dari enam kapal perang "super-dreadnought" yang berkuasa dan lapan panjajap.
Selepas itu, ketika pasukan Shima bertembung dengan sisa kapal Nishimura, ia turut diserang, tetapi berjaya berundur. Dari pasukan Nishimura, hanya satu kapal pembinasa yang terselamat.
Dalam Pertempuran Tanjung Engaño, Pasukan Utara Ozawa terdiri dari satu kapal pengangkut armada dan tiga kapal pengangkut ringan memuatkan sejumlah 108 kapal terbang (muatan biasa bagi sebuah kapal pengangkut armada besar), dua buah kapal perang, tiga kapal penjajap ringan dan sembilan kapal pembinasa. Laksamana Halsey yakin bahawa Pasukan Utara merupakan ancaman utama, dan bahawa pasukan Tengah telah berundur dalam Pertempuran Laut Sibuyan (24 Oktober). Halsey membawa tiga kumpulan dari Pasukan Petugas 38 (TF 38), jauh lebih kuat berbanding Pasukan Utara Ozawa, dengan lima kapal pengangkut kapal terbang dan lima kapal pengangkut armada ringan dengan lebih 600 buah kapal terbang antara mereka, enam kapal perang pantas, lapan penjajap, dan lebih 40 buah kapal pembinasa.
Halsey dengan mudah menghapuskan apa yang kemudiannya diketahui sebagai umpan tanpa ancaman serius.
Akibat keputusan Halsey, pintu terbuka bagi Kurita. Apabila Kurita pada awalnya berundur, pihak Amerika menganggap bahawa pasukan Jepun telah berundur dari pertempuran. Bagaimanapun, Kurita berpatah kembali dan bergerak melalui Selat San Bernardino di bawah tabir kegelapan. Hanya pasukan ringan yang dilengkapi untuk menyerang pasukan darat dan kapal selam yang berada dalam laluan kapal perang dan penjajap yang berniat untuk memusnahkan pasukan pendarat Amerika Syarikat.
Dalam pertempuran yang akan digelar oleh James D. Hornfischer sebagai "Pertahanan terakhir Kelasi Tin", satu pasukan kapal perang, penjajap, dan pembinasa yang amat berkuasa di bawah pemerintahan Laksamana Kurita berhadapan dengan unit tugasan Amerika Syarikat yang terdiri daripada enam kapal pengangkut pengiring, tiga kapal pembinasa dan empat pengiring pembinasa. Pihak Amerika dikejutkan sepenuhnya kerana Armada ke-7 amat yakin bahawa bahagian utaranya sedang dilindungi oleh Armasa ke-7 yang mat berkuasa oleh Laksamana Halsey, yang terdiri daripada lapan kapal pengangkut armada dan enam kapal perang pantas.
Bahagian utama serangan Jepun jatuh pada unit pengangkut pengiring paling utara, Laksamana Muda Rear Admiral Clifton Sprague Unit Petugas 77.4.3 (biasanya dirujuk menurut panggilan radionya "Taffy 3"). Tidak dilengkapi untuk bertempur dengan kapal perang meriam besar, kapal pengangkut pengiring Taffy 3 cuba melepaskan diri dari pasukan Jepun, sementara kapalpembinasa, pengiring pembinasa dan kapal terbangnya membuat serangan berterusan ke atas kapal Kurita. Kapalpembinasa dan pengirng pembinasa hanya memiliki torpedo dan meriam sehingga laras 5 in (130 mm); sungguhpun begitu, mereka memiliki pengarah meriam bantuan radar; pihak Jepun memiliki senjata kaliber berat sehingga 18.1 in (460 mm), tetapi mereka memiliki penetap julat optik kurang tepat. Pihak Amerika turut memiliki sejumlah besar kapal terbang yang mampu digunakan yang tidak dimiliki oleh pihak Jepun. Peluru bagi kapal terbang di kapal pengangkut pengiring terdiri kebanyakannya dari bom letupan tinggi yang digunakan bagi misi sokongan darat, dan depth charges yang digunakan dalam perperangan anti kapal selam, dan bukannya bom perobek perisai dan torpedo yang lebih berkesan terhadap kapal perang berperisai tebal. Walau bagaimanapun, apabila mereka kehabisan peluru, kapal terbang Amerika terus mengganggu kapal musuh, membuat serangan olok-olok, yang mengganggu juru tembak mereka dan mengganggu formasi mereka.
Dalam keseluruhannya, dua kapal pembinasa Amerika Syarikat, pengiring pembinasa, dan kapal pengangkut pesawat pengiring telah ditenggelamkan oleh tembakan Jepun dan sebuah lagi kapal pengangkut pesawat pengiring Amerika Syarikat dihentam dan ditenggelamkan oleh kapal terbang kamikaze semasa pertempuran. Armada kapal perang Kurita diundurkan dari pertempuran akibat serangan torpedo dari kapal pembinasa Amerika; dan gagal berkumpul semula dalam keadaan kacau bilau, sementara tiga kapal penjajap ditenggelamkan selepas serangan dari kapal pembinasa dan kapal terbang Amerika Syarikat, serta beberapa kapal penjajap rosak. Akibat kehebatan pertahanan pihak Amerika Syarikat, Kurita yakin bahawa dia berhadapan dengan musuh yang jauh lebih kuat dan berundur dari medan pertempuran, menamatkan ancaman pada kapal pengangkut tentera dan perbekalan.
Pertempuran ini merupakan satu dari pertembungan utama tentera laut antara pasukan permukaan Amerika Syarikat dan Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Selepas ini Filipina kembali jatuh ke tangan Amerika Syarikat , yang memutuskan Jepun dari koloni pengeluar minyak mereka di Asia Tenggara, sementara limbungan kapal dan kemudahan pembaikian mereka berada di Jepun.
Tentera laut Maharaja Jepun tidak akan lagi pernah berlayar keluar bertempur dalam kekuatan sebegitu; kebanyakan kapal kembali ke pengkalan di Jepun dan kekal tidak aktif sehingga perang berakhir.
Pertempuran ini sering digambarkan sebagai “apa kemungkinan” utama bagi Perang Dunia Kedua. Sekiranya Kurita meneruskan serangan dan tidak berundur, adalah mungkin pihak Amerika Syarikat akan mengalami kerugian tentera dan perbekalan yangbesar, yang akan melewatkan penawanan Filipina. Sekiranya pasukan Kurita dan Halsey bertembung, ia adalah “pertempuran muktamad” yang lama dinantikan di mana kedua pihak akhirnya mampu melawan kapal perang utama mereka yang terbesar sesame sendiri. Bagaimanapun, Armada ke-3 Halsey melebihi kapal Kurita bagi semua jenis kapal, terutama enam kapal perang Amerika Syarikat berbanding empat kapal perang Jepun.
Hanya Yamato memiliki perisai dan meriam lebih besar berbanding kapal perang Amerika Syarikat; sementara tiga kapal perang Jepun merupakan reka bentuk Perang Dunia Pertama dan pada umumnya memiliki kuasa tembakan dan perisai lebih lemah, manakala sejawatan mereka dalam Armada ke-3 kesemuanya baru dibina, memuatkan meriam utama 16 in (410 mm) dan turut dilengkapi dengan sistem kawalan tembakan panduan radar.
Pasukan Tengah Jepun kini terdiri daripada kapal perang Yamato, Nagato, Kongō, dan Haruna; heavy cruisers Chōkai, Haguro, Kumano, Suzuya, Chikuma, Tone; light cruisers Yahagi, dan Noshiro; dan 11 Kagerō- dan Asashio-class destroyer. Kapal perang dan penjajap berperisai terhadap projektil sehingga 5 in (130 mm). Mereka bersama memiliki berdozen meriam berkaliber besar, termasuk meriam Yamato's 18.1 in (460 mm) , yang mampu mencecah sehingga 25 bt (22 nmi; 40 km). Juru meriam permukaan dikawal oleh penglihatan optik yang menyuap sistem kawalan tembakan bantuan komputer, sungguhpun ia kurang maju berbanding sistem kawalan radar pada kapal pembinasa Amerika Syarikat.Tincan Sailors p. 153
Setiap satu unitpasukan petugas dalam Kumpulan Pasukan Armada ke-7 77.4 memiliki enam kapal pengangkut pengiring kelas Casablanca atau kapal pengangkut kelas Sangamon yang lebih besar. Kapal pembinasa memiliki lima meriam 5 inci, kapal pembinasa pengiring memiliki dua, dan kapal pengangkut memiliki meriam 5-inci tunggal. Kekurangan sebarang kapal dengan meriam yang lebih besar yang mampu mencapai melampaui lebih 10 bt (8.7 nmi; 16 km), ia kelihatan tidak padan dengan juru meriam Jepun yang memberi penekanan meriam besar dan jarak jauh. Pertempuran ini bagaimanapun mendedahkan bahawa kawalan tembakan sapara automatik mereka kurang berkesan terhadap kapal yang bergerak pada jarak jauh (sungguhpun sesetengah kapal seperti Kongō menghentam sasaran mereka apabila mereka hampir). Kapal perang Jepun tidak sebenarnya merekodkan tembakan ke atas kapal penggangkut sehingga ia memasuki jarak tembakan kapal pengangkut itu sendiri. Sebaliknya kapal pembinasa Amerika turut memiliki sistem kawal tembakan Mark 37 yang secara automatik mensasar tembakan tepat terhadap sasaran permukaan dan udara ketika bergerak sepanjang pertempuran. Kekurangan sistem setara pada kapal Jepun turut menyumbang pada ulasan juruterbang Amerika mengenai ketidak berkesanan tembakan anti pesawat Jepun.
Kalinin Bay memecut pada kelajuan tertinggi (“flank speed”) dan, disebalik bedilan dari tiga kapal penjajap musuh, melancarkan pesawatnya, yang menyebabkan kerosakan teruk pada kapal musuh yang menghampiri. Sebagai kapal terakhir dalam kumpulan pengangkut pesawat pengiring, Kalinin Bay menjadi sasaran tembakan hebat musuh. Sungguhpun separa terlindung oleh asap kimia, hujan ribut, dan serangan balas oleh pembinasa pelindung, ia terkena tembakan pertama dari lima belas tembakan tepat pada 07:50. Ditembak dari kapal tempur musuh, peluru laras besar (14 in (360 mm) atau 16 in (410 mm)) menghentam sisi kanan pada dek penerbangan side betul-betul di belakang lif hadapan.
Menjelang 08:00, penjajap Jepun, yang belayar di bahagian belakang kiri, mendekati sehingga 18,000 yd (16,000 m). Kalinin Bay bertindak balas kepada bedilan menyasar mereka dengan meriam 5 in (130 mm) nya. Tiga projektil perobek perisai AP 8 in (200 mm) menghentamnya dalam masa beberapa minit sahaja. Pada pukul 08:25, kapal pengangkut pesawat membuat bedilan tepat dari 16,000 yd (15,000 m) pada turet No. 2 penjajap berat kelas-Nachi, dan tembakan tepat kedua tidak lama kemudian berikutnya memaksa kapal Jepun untuk berundur sementara dari formasi.
Pada pukul 08:30, lima kapal pembinasa Jepun belayar mara dari ufuk di sebelah sisi kanan. Mereka memulakan bedilan dari 14,500 yd (13,300 m). Ketika kapal pelindung menyerang penjajap dan memasang tabir asap, Kalinin Bay mengalih tembakannya dan bagi sejam berikutnya bertukar-tukar tembakan dengan Skuarden Pembinasa 10. Tiada tembakan kapal pembinasa mengenai Kalinin Bay, tetapi ia menerima 8 lagi bedilan dari kapal penjajap yang kini terlindung. Satu peluru melalui dek penerbangan dan menghentam kawasan perhubungan, di mana ia memusnahkan semua peralatan radar dan radio.
Pada pukul 09:15, sebuah pesawat Avenger dari St. Lo—dipandu oleh LTJG Waldrop—membedil dan membinasakan dua torpedo di alunan Kalinin Bay sekitar 100 yd (91 m) dibelakangnya. Peluru dari meriam 5 in (130 mm)nya melencongkan torpedo yang ketiga dari menghentam hadapannya. Sekitar 09:30, ketika kapal Jepun sedang melepaskan bedilan terakhir sebelum menukar arah ke utara, Kalinin Bay membuat tembakan tepat di tengah kapal pada kapal pembinasa yang berundur. Lima minit kemudian, Kalinin Bay menghentikan tembakan dan berundur kearah utara bersama anggota Taffy 3 yang terselamat yang lain.
Sekitar pukul 10:50, unit petugas menjadi tumpuan serangan udara. Dalam pertempuran 40-minit, serangan pertama dari unit kamikaze semasa Perang Dunia Kedua, kesemua pengangkut pesawat kecuali Fanshaw Bay mengalami kerosakan. Empat pesawat menjunam menyerang Kalinin Bay dari sisi belakang dan kanan. Dua ditembak jatuh berhampiran, sementara pesawat ke tiga menghentam sebelah kiri dek penerbangan, merosakkannya dengan teruk. Pesawat ke empat membinasakan serombong belakang. Kalinin Bay mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa pertempuran memuncak waktu pagi, termasuk lima terbunuh dari enam puluh mangsa. Dua belas tembakan tepat disahkan melalui kerosakan termasuk dua kaliber besar sipi. Ironiknya, dua tembakan sipi yang meletup di bawahnya yang mengancam keselamatan kapal.
Sepanjang fasa pertempuran permukaan, kapal pengangkut pesawat White Plains dan Kitkun Bay, di kedudukan hadapan, terselamat dari bedilan. Semasa serangan kamikaze, pengangkut pesawat Fanshaw Bay menjatuhkan antara lain sebuah pesawat yang mensasar Kitkun Bay dan menerima pesawat dari kapal pengangkut yang tenggelam dan rosak. Fanshaw Bay kehilangan empat orang terbunuh, dan empat tercedera.
Yamato telah diserang oleh pesawat udara semasa Pertempuran Laut Sibuyan dengan tiga bom perobek perisai, sementara kapal setaranya Musashi telah ditenggelamkan. Dalam pertempuran ini, Yamato menyerang pasukan permukaan musuh buat kali pertama dan satu-satunya dengan bateri utama dan keduanya. Pada pukul 07:51, Yamato membedil dan menghentam sebuah "penjajap" dari jarak lebih 10 nmi (12 bt; 19 km) yang sebenarnya membinasakan kapal pembinasa Hoel. Yamato's F1M2 "Pete" kapal terapung floatplane mengesahkan bateri utama menghentam pengangkut pesawat Gambier Bay sebelum kapal itu berpusing bagi mengelak torpedo. Yamato akan menghampiri sehingga 2,400 yd (2,200 m) dari kapal Amerika apabila ia diserang oleh pesawat udara Amerika."Battleship Yamato Battles". Battleshipyamato.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-24. Dicapai pada March 18, 2010. Unknown parameter |deadurl=
ignored (bantuan) Leftenan Richard W. Roby dalam pesawat pejuangnya menyerang kapal pembinasa sebelum menembak dek dan pusat kawalan Yamato dengan mesingan .50 in (12.7 mm), memberikan lebih tekanan terhadapnya. (Dogfights: Death of the Japanese Navy) Kurita melaporkan bahwa pasukannya menengelamkan dua pengangkut pesawat, dua penjajap, dan beberapa kapal pembinasa. Yamato mendapat pengesahan bedilan yang dikatakan menengelamkan pengangkut pesawat pengiring bersenjata ringan, kapal pembinasa, dan pengiring pembinasa. (Reynolds, Clark G (1982). The Carrier War. Time-Life Books. ISBN 0-8094-3304-4) "Yamato (Battleship, 1941–1945) — in the Battle of Leyte Gulf, 22–26 October 1944". Japanese Navy Ships. Naval Historical Center, United States Department of the Navy. May 13, 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-02. Dicapai pada March 7, 2009. Unknown parameter |deadurl=
ignored (bantuan)
Disasarkan oleh bedilan 5 in (130 mm) oleh kapal pembinasa dan kapal pengiring pembinasa, kapal penjajap Jepun Chōkai dihentam bahagian tengah, sebelah kanan starboard, kemungkinannya oleh meriam tunggal 5 in (130 mm) pengangkut Kalinin Bay. Sementara muatan peluru 20 lb (9.1 kg) tidak mampu menembusi badan kapal, ia meletupkan lapan Torpedo Jenis 93, yang terletak pada dek kapal, yang terutamanya amat mudah terbakar kerana ia memiliki oksigen tulin, sebagai tambahan kepada bahan peledak 1,080 lb (490 kg). Letupan yang terhasil menyebabkan kerosakan besar sehinggakan ia merosakkan kemudi dan enjin, menyebabkan Chōkai keluar dari formasi. Dalam tempoh beberapa minit, kapal terbang Amerika menjatuhkan bom 500 lb (230 kg) pada bilik mesin hadapan. Api mula marak dan ia mati dipermukaan air. Lewat hari itu ia ditenggelamkan oleh torpedo dari kapal pembinasa Fujinami.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.