Pertempuran Saipan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertempuran Saipan adalah satu peperangan kempen Pasifik dalam Perang Dunia II, berlangsung dekat pulau Saipan di Kepulauan Mariana dari 15 Jun hingga 9 Julai 1944. Armada penyerbuan Bersekutu menggerakkan angkatan ekspedisi dari Pearl Harbor pada 5 Jun 1944, sehari sebelum pelancaran Operasi Overlord di Eropah. Divisyen Ke-2 Marin, Divisyen Ke-4 Marin, dan Divisyen Ke-27 Infantri AS, diperintah oleh Leftenan Jeneral Holland Smith, mengalahkan Divisyen Ke-43 Infantri dari Tentera Darat Imperial Jepun, diperintah oleh Leftenan Jeneral Yoshitsugu Saito. Kehilangan Saipan, dengan kematian sekurang-kurangnya 29,000 askar dan korban orang awam yang besar, menyebabkan peletakkan jawatan Perdana Menteri Jepun Jeneral Hideki Tōjō dan membiarkan tanah besar Jepun di dalam jarak pesawat pengebom B-29 Bersekutu.
Pertempuran Saipan | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Kancah Pasifik Perang Dunia II | |||||||
LVT menghala ke pantai pada 15 Jun 1944. Birmingham di latar depan; kruiser yang membedil pada jarak jauh ialah Indianapolis. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Amerika Syarikat | Jepun | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Richmond K. Turner Holland Smith |
Yoshitsugu Saitō † Chūichi Nagumo † Takeo Takagi † Matsuji Ijuin † | ||||||
Unit terlibat | |||||||
(Artikel utama) | (Artikel utama) | ||||||
Kekuatan | |||||||
71,000 | 32,000[1]:563 | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
13,790 kasualti: 3,426 terbunuh dan hilang[2]:379 10,364 cedera[3] |
29,000 kasualti:[4] 24,000 KIA 5,000 bunuh diri | ||||||
7,000 orang awam Jepun (ramai yang membunuh diri)[4] 22,000 orang awam terkorban[5] |