From Wikipedia, the free encyclopedia
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2018 merupakan Persidangan Parti ke Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim yang ke-24: COP24,[1] juga dikenali sebagai Persidangan Perubahan Iklim Katowice. Persidangan ini diadakan dari 2 hingga 15 Disember 2018 di Katowice, Poland. Persidangan ini mempersetujui peraturan-peraturan melaksanakan Perjanjian Paris 2015, sebahagian daripada Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim.
Tarikh | 2–15 Disember 2018 |
---|---|
Lokasi | Katowice, Poland |
Juga dikenali sebagai | COP24 (UNFCCC) CMP14 (Protokol Kyoto) CMA3 (Perjanjian Paris) |
Dianjurkan oleh | Poland |
Hadirin | Negara ahli UNFCCC |
Peristiwa sebelum | Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2017 |
Laman sesawang | unfccc.int/katowice www.cop24.katowice.eu |
Setelah Amerika Syarikat meninggalkan Perjanjian Paris, China telah mengambil peranan utama dengan mengadakan banyak mesyuarat persediaan pada minggu-minggu dahulu.[2]
Pada bulan November 2018, Pertubuhan Meteorologi Sedunia mengeluarkan laporan menyatakan tahap karbon dioksida atmosfera 2017 mencecah 405 bahagian per juta (ppm), suatu tahap tidak dilihat dalam tiga hingga lima juta tahun.[3] Pada Oktober 2018, Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca menerbitkan Laporan Khas mengenai Pemanasan Global 1.5 °C mereka.
Pada 3 Disember 2018, ahli alamiah terkenal British David Attenborough memberitahu para wakil di persidangan bahawa:[4]
Sekarang kita menghadapi bencana buatan manusia berskala global, ancaman terbesar kita dalam beribu-ribu tahun: perubahan iklim. Jika kita tidak mengambil tindakan, kejatuhan tamadun kita dan kepupusan kebanyakan dunia semula jadi terbit.
Pada 4 Disember 2018, aktivis perubahan iklim 15 tahun Greta Thunberg mengemukakan sidang kemuncak dan menjelaskan parahnya masalah ini dengan cara ini:[5]
Perkara yang saya harap kita mencapai di persidangan ini ialah kita sedar bahawa kia sedang menghadapi ancaman kewujudan. Ini merupakan krisis terbesar manusia telah hadapi. Pertama kita perlu sedar ini dan kemudian secepat mungkin buat sesuatu untuk hentikan pengeluaran dan cuba selamatkan perkara yang kita boleh selamatkan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.