Persatuan Unggas Amerika
From Wikipedia, the free encyclopedia
Persatuan Unggas Amerika (bahasa Inggeris American Poultry Association -APA) merupakan pertubuhan unggas tertua di Amerika Utara. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1873, dan diperbadankan di Indiana pada tahun 1932.[2]
Kerangka | |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan |
Tujuan | Menyokong dan mempromosi unggas baka "Standard" |
Tapak web | amerpoultryassn.com |
Sejarah | |
Dibentuk | 1873 |
Pengurusan | |
Presiden | John Monaco[1] |
Gabungan | Persatuan Unggas Amerika |
Lokasi | |
Lokasi | |
Kawasan perkhidmatan | A.S. & Kanada |
sunting · sunting di Wikidata |
Pertunjukan unggas pertama kali diadakan pada tahun 1849, di mana APA kemudian ditubuhkan ekoran keperluan sebuah badan untuk mengawasi standard baka-baka unggas dan mentadbir proses poenghakiman.[3] Setahun selepas penubuhannya, persatuan ini menerbitan Standard Kesempurnaan Amerika edisi sulungnya, yang mana kini digunakan dengan meluas menjadi sebuah buku rujukan standard baka unggas yang dihormati.[4] APA terus menerbitkan dan meluaskan Standard, bertujuan untuk mempromosi keseluruhan aspek unggas hias dengan pensijilan hakim rasmi, mendanai pertunjukan, menggalakan penyertaan remaja dan memberi nasihat kepada ahli-ahlinya, di Kanada dan Amerika Syarikat.