Perpustakaan Negara China
From Wikipedia, the free encyclopedia
Perpustakaan Negara China (Cina ringkas: 中国国家图书馆code: zh is deprecated ; Cina tradisional: 中國國家圖書館code: zh is deprecated ; pinyin: Zhōngguó Guójiā Túshūguǎn) atau PNC di Beijing merupakan perpustakaan negara untuk Republik Rakyat China. Dengan koleksi melebihi 35 juta,[1] PNC merupakan perpustakaan terbesar di Asia dan antara yang terbesar di dunia. Ia menyimpan koleksi terbesar di dunia untuk kesusasteraan dan dokumen sejarah China. [2]
Pada asalnya, perpustakaan ini merupakan Perpustakaan Imperial Peking (京师图书馆code: zh is deprecated ; Jīngshī Túshūguǎn), yang ditubuhkan pada 9 September 1909 oleh kerajaan dinasti Qing. Ia dibuka secara rasminya selepas Revolusi Xinhai, pada tahun 1912. Pada tahun 1916, ia menerima status perpustakaan pendepositan.[2] Pada Julai 1928, ia menukar namanya kepada Perpustakaan Negara Peiping sebelum menjadi Perpustakaan Negara.