From Wikipedia, the free encyclopedia
Perlembagaan Republik Islam Pakistan (Bahasa Urdu]]:آئین پاکستان) ialah undang-undang tertinggi Negara Pakistan.[1] Perlembagaan ini merupakan tertinggi Pakistan yang mengenal pasti negara (kewujudan fizikal serta sempadannya), warga dan hak-hak asasi mereka, undang-undang perlembagaan serta peraturan, dan juga struktur-struktur negara mengikut perlembagaan serta penubuhan institusi-institusi negara dan angkatan tentera.[2] Tiga bab pertama menetapkan peraturan, mandat dan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan: dewan perundangan, Parlimen dwidewan; eksekutif, cabang diketuai Perdana Menteri sebagai ketua eksekutif; dan badan kehakiman apeks persekutuan diketuai ketua hakim Mahkamah Agung.[2] Perlembagaan meletakkan asas penubuhan jawatan Presiden Pakistan yang merupakan Ketua Negara yang perananannya lebih pada istiadat dan menjadi lambang perpaduan negara Pakistan.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.