Perlanggaran LRT Kelana Jaya 2021
kemalangan tren di laluan Kelana Jaya, Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Perlanggaran LRT Kelana Jaya 2021 (Tulisan Jawi: ڤلڠݢرن ايل. ار. تي. کلان جاي 2021code: ms is deprecated ) ialah kemalangan kereta api yang berlaku pada 24 Mei 2021, 20:45 waktu Malaysia, apabila dua buah tren transit aliran ringan (LRT) bertembung di laluan Kelana Jaya di antara Stesen LRT Kampung Baru dengan Stesen LRT KLCC.[1] Kemalangan tersebut mencederakan 213 orang penumpang, termasuk 166 orang cedera ringan dan 47 orang cedera parah.[2]
Fakta Segera Kemalangan LRT Kelana Jaya 2021 کمالڠن ايل. ار. تي. کلان جاي 2021, Butiran ...
Kemalangan LRT Kelana Jaya 2021 کمالڠن ايل. ار. تي. کلان جاي 2021 | |
---|---|
Butiran | |
Tarikh | 24 Mei 2021; 3 tahun yang lalu (2021-05-24) 20:45 MYT (Waktu Malaysia) |
Koordinat | 03°09′41″N 101°42′28″E |
Lokasi | Di antara Stesen LRT Kampung Baru dan Stesen LRT KLCC |
Negara | Malaysia |
Laluan/landasan | Laluan LRT Kelana Jaya |
Pengendali | RapidKL |
Jenis insiden | Perlanggaran depan tren |
Sebab | Dalam siasatan |
Perangkaan | |
Kereta api | 2 (tren nombor 40 dan 81) |
Meninggal dunia | 0 |
Tercedera | 213 penumpang tercedera:
|
sunting · sunting di Wikidata |
Tutup
Kemalangan ini merupakan kemalangan pertama yang berlaku di laluan Kelana Jaya sejak perkhidmatannya bermula pada 1998 dan kemalangan kereta api terburuk di Malaysia setakat ini.[3][4]