Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri
perkhidmatan hasil bagi pemerintah persekutuan Amerika Syarikat / From Wikipedia, the free encyclopedia
Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS) adalah sebuah badan dalam pemerintah persekutuan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab terhadap kutipan cukai persekutuan dan mentadbir Kanun Hasil Dalam Negeri, undang-undang percukaian berkanun persekutuan. IRS merupakan badan di bawah Jabatan Perbendaharaan dan diketuai oleh Pesuruhjaya Hasil Dalam Negeri, yang dilantik untuk tempoh lima tahun oleh Presiden Amerika Syarikat. Antara peranan IRS termasuklah menyediakan bantuan percukaian kepada pembayar, menjalankan dan menyelesaikan kejadian pemfailan cukai yang salah dan penipuan serta menyelia pelbagai program manfaat seperti Akta Jagaan Mampu.
Fakta Segera Intisari agensi, Dibentuk ...
Internal Revenue Service | |
Mohor | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1 Julai 1862; 162 tahun yang lalu (1862-07-01) |
Jenis | Perkhidmatan hasil |
Bidang kuasa | Pemerintah persekutuan Amerika Syarikat |
Ibu pejabat | Bangunan Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri 1111 Lebuh Constitution Washington, D.C. 20224 Amerika Syarikat[1] 38.8934075°N 77.0281021°W / 38.8934075; -77.0281021 |
Kakitangan | 93,654 (2022)[2] (78,661 FTE) (2021)[3] |
Belanjawan tahunan | AS$13.7 bilion (2021)[3] |
Eksekutif Perkhidmatan hasil |
|
Agensi induk | Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat |
Laman sesawang | www |
Tutup