Perhimpunan Agung UMNO 1988 ialah sebuah siri perhimpunan agung bagi parti politik di Malaysia, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Ia merupakan perhimpunan agung kali pertama parti tersebut selepas penubuhannya dibatalkan mahkamah pada Februari 1988.[1] Ia berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 28 hingga 30 Oktober 1988.

Fakta Segera Perhimpunan Agung UMNO 1988, Tarikh ...
Perhimpunan Agung UMNO 1988
Pusat Dagangan Dunia Putra (kini Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur)
Tarikh28-30 Oktober 1988
TempatDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra
Bandar rayaKuala Lumpur, Malaysia
Persidangan sebelum iniPerhimpunan Agung UMNO 1987
Persidangan seterusnyaPerhimpunan Agung UMNO 1989
Tutup

Latar belakang

Pada tahun 1987, UMNO mengadakan pemilihan jawatan-jawatan partinya. Buat pertama kali sejak dua belas tahun yang lalu, jawatan Presidennya dicabar. Tengku Razaleigh Hamzah yang merupakan calon "Pasukan B" untuk kepresidenan mencabar Mahathir Mohamad daripada kem yang digelarkan "Pasukan A".

Kuota pencalonan

Mengikut peraturan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung Khas UMNO Oktober 1988, 30 peratus pencalonan (57 daripada 191 bahagian) diperlukan untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden (20 peratus/38 bahagian), Naib Presiden (10 peratus/19 bahagian) dan ahli MT (lima peratus/10 bahagian).

Bagi jawatan Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri pula memerlukan pencalonan 10 peratus atau 38 bahagian manakala Naib Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri (15 peratus/28 bahagian).

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.