![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a7/230412-D-XI929-1004_%252852812152011%2529_%2528cropped%2529.jpg/640px-230412-D-XI929-1004_%252852812152011%2529_%2528cropped%2529.jpg&w=640&q=50)
Perdana Menteri Ukraine
jawatan eksekutif Ukraine / From Wikipedia, the free encyclopedia
Perdana Menteri Ukraine (Bahasa Ukraine: Прем'єр-міністр України, Premier-ministr Ukrainy) ialah ketua pemerintahan Ukraine.[2] Perdana menteri mempengerusikan Kabinet Menteri Ukraine, yang merupakan badan tertinggi cawangan eksekutif pemerintah Ukraine. Jawatan itu menggantikan jawatan pengerusi zaman Soviet Majlis Menteri RSS Ukraine, yang ditubuhkan pada 25 Mac 1946.
Perdana Menteri Ukraine | |
---|---|
Прем'єр-міністр України | |
![]() Jata Ukraine | |
Jenis | Ketua pemerintahan |
Gelaran | En Perdana Menteri (tidak formal) Yang Amat Berhormat (diplomatik) |
Anggota bagi | Kabinet Menteri Ukraine ![]() |
Bidang kuasa | Ukraine ![]() |
Institusi | Kabinet Menteri Ukraine ![]() |
Kediaman | Budynok Uryadu ![]() |
Pusat | Bangunan Pemerintah, Kyiv, Ukraine |
Penama | Presiden Ukraine[1] |
Dilantik oleh | Verkhovna Rada |
Tempoh jawatan | Lima tahun melainkan Verkhovna Rada dibubarkan lebih awal Tiada had tempoh dinyatakan |
Penjawat sulung | Volodymyr Vynnychenko |
Dibentuk | 28 Jun 1917; 107 tahun yang lalu (1917-06-28) (asli) 25 Mac 1946; 78 tahun yang lalu (1946-03-25) (RSS Ukraine) 24 Ogos 1991; 32 tahun yang lalu (1991-08-24) (current form) |
Timbalan/naib | Timbalan Perdana Menteri Pertama |
Gaji | ₴20,000 bulanan[perlu rujukan] |
Senarai | Senarai perdana menteri Ukraine ![]() |
Tapak web | KMU.gov.ua |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Sejak kemerdekaan Ukraine daripada Kesatuan Soviet pada 1991, terdapat enam belas perdana menteri,[3] atau dua puluh, termasuk pemangku perdana menteri. Yulia Tymoshenko adalah wanita pertama yang dilantik sebagai perdana menteri dalam sejarah Ukraine. Arseniy Yatsenyuk adalah perdana menteri pertama yang berasal dari Ukraine Barat. Dua perdana menteri dilahirkan di RSPS Rusia.
Perdana menteri semasa ialah Denys Shmyhal, yang mengangkat sumpah pada 4 Mac 2020 berikutan peletakan jawatan Oleksiy Honcharuk.[4]