Kerajaan Tempatan di Wilatah Persekutuan Putrajaya From Wikipedia, the free encyclopedia
Perbadanan Putrajaya merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya. Ia diketuai oleh Presidennya, Datuk Fadlun Mak Ujud
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1995 [1] |
Ibu pejabat | Putrajaya, Malaysia |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Jabatan Wilayah Persekutuan |
Laman sesawang | www.ppj.gov.my |
Perbadanan Putrajaya (PPJ) ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536) bagi mengurus dan mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya.[2]
Perbadanan Putrajaya juga diamanahkan dengan fungsi pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa perancang tempatan dengan pelbagai pesanan dan pemberitahuan, iaitu:
Putrajaya Bandaraya Pentadbiran Mampan Bertaraf Dunia
Menerajui Pengurusan dan Pembangunan Perbandaran Melalui Tadbir Urus Dinamik dan Berinovasi
Perbadanan Putrajaya ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536) bagi maksud mengurus dan mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya. Perbadanan Putrajaya juga diamanahkan dengan fungsi pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa perancang tempatan dengan pelbagai pesanan dan pemberitahuan.
PERBADANAN PUTRAJAYA
Kompleks Perbadanan Putrajaya,
24, Persiaran Perdana, Presint 3,
62675 Putrajaya
Malaysia
Telefon : 603 8000 8000
Faks : 603 8887 5000
Call Centre (Aduan):
Telefon : 603 8887 3000
Faks : 603 8887 5050
E-mel : PPj Customer (ppjonline@ppj.gov.my)
Anggota Perbadanan Putrajaya adalah dibentuk daripada seorang pengerusi yang memegang jawatan Presiden Perbadanan Putrajaya, 2 orang wakil negeri Selangor terdiri daripada Ahli Dewan DiRaja Selangor, 3 orang wakil Kerajaan Persekutuan terdiri daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Wilayah Persekutuan, dan 2 orang wakil swasta. [3]
Bil. | Anggota | Keanggotaan | Jawatan dan Agensi | Tempoh Lantikan |
---|---|---|---|---|
1 | Dato' TPr. Fadlun bin Mak Ujud | Pengerusi | Presiden Perbadanan Putrajaya | 2 tahun |
2 | Tengku Dato' Setia Ramli Alhaj bin Tengku Shahruddin Shah Alhaj | Wakil Negeri Selangor | Ahli Dewan DiRaja Selangor | 3 tahun |
3 | Dato' Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi | Wakil Negeri Selangor | ||
4 | Dato' Shahrol Anuwar bin Saman | Wakil Kerajaan Persekutuan | Pengarah Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan | 2 tahun |
5 | Dato' Nor Azmie bin Diron | Wakil Kerajaan Persekutuan | Ketua Setiausaha, Kementerian Ekonomi | |
6 | Datuk Nor Muhamad bin Che Dan @ Che Din | Wakil Kerajaan Persekutuan | Setiausaha Bahagian Pengurusan Pembangunan, Jabatan Wilayah Persekutuan | |
7 | Dr. Aminuddin Sham bin Tajudin | Wakil Swasta | ||
8 | Encik Muhammad Fikri bin Khalid @ Abdul Aziz | Wakil Swasta |
Presiden merupakan pegawai tertinggi di Perbadanan Putrajaya dan dibantu oleh 8 orang Naib Presiden yang mengetuai 8 jabatan masing-masing. Selain itu, terdapat beberapa bahagian yang diketuai oleh seorang Pengarah di bawah jabatan tersebut. [4]
Jabatan Undang-Undang
Jabatan Audit dan Risiko
Jabatan Perkhidmatan Korporat
Jabatan Perkhidmatan Bandar
Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan
Jabatan Perancangan Bandar
Jabatan Landskap dan Taman
Jabatan Kewangan
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.