From Wikipedia, the free encyclopedia
Perang Tigray merupakan perang saudara yang sedang berlaku, tercetus pada 3 November 2020 di wilayah Tigray, Habsyah.[39][40][41] Perang tersebut melibatkan Pasukan Pertahanan Tigray (PPT) dengan Pasukan Pertahanan Negara Habsyah (PPNH), Polis Persekutuan Habsyah, polis wilayah, dan pasukan gendarmerie dari wilayah berjiran Amhara dan Afar dengan penglibatan Pasukan Pertahanan Eritrea (PPE).[25][42][43] Semua pihak terutamanya PPNH, PPT, dan PPE telah melakukan jenayah perang semasa konflik tersebut.[44][45][46][47] Disebabkan oleh perang itu, krisis kemanusiaan telah berlaku.
Rencana ini menerangkan hal semasa. Maklumatnya besar kemungkinan berubah-ubah seiring dengan perkembangan peristiwa, dan laporan berita awal tidak semestinya boleh dipercayai. Kemas kini terakhir bagi rencana ini tidaklah membayangkan maklumat yang paling terkini. |
Perang Tigray | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Konflik saudara Habsyah (2018–kini) | |||||||
Atas: Sebuah kenderaan berperisai musnah dalam pertempuran di Hawzen Bawah: Kawalan wilayah setakat Disember 2021. Pasukan pemerintah propersekutuan Pemerintah persekutuan Habsyah dan sekutu serantau Pasukan Pertahanan Eritrea Pemberontak antipemerintah persekutuan Pasukan Pertahanan Tigray Tentera Pembebasan Oromo Barisan Pembebasan Gumuz dan militia Gumuz lain | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Disokong oleh: Diperakukan oleh: |
Barisan Bersatu Pasukan Persekutuan dan Gabungan Habsyah (Nov. 2021–)[13][14]
| ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Sahle-Work Zewde Abiy Ahmed Birhanu Jula Kenea Yadeta (2020–21) Abraham Belay (2021–) Tiruneh Temesgen (2020) Agegnehu Teshager (2020–21) Yilikal Kefale (2021–) Awol Arba Isaias Afewerki Filipos Woldeyohannes |
Debretsion Gebremichael Fetlework Gebregziabher Jen. Tsadkan Gebretensae[21][22] Jen. Tadesse Werede Tesfay Jaal Marroo a.k.a Kumsa Diriba[15] | ||||||
Unit terlibat | |||||||
Pasukan Pertahanan Negara Habsyah
Pasukan Khas Amhara Pasukan Polis Amhara Pasukan Khas Afar Pasukan Polis Afar Pasukan Pertahanan Eritrea[9]
|
| ||||||
Kekuatan | |||||||
140,000[24] 43,000[25][26] 10,000 | 100,000–250,000 (angg., Nov 2020)[27][28][29] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
3,073 terbunuh, 4,473 tercedera, 8,000 ditangkap (dakwa pemberontak)[30][31] 2 Mig-23 hilang[32][33] 2 Mi-35 hilang[34][35][36] 1 C-130 hilang[37] Tidak diketahui | 5,600 terbunuh, 2,300 tercedera, 2,000 ditangkap (dakwa tentera Habsyah)[38] | ||||||
|
Pada 2019, untuk menjauhkan negara daripada kepersekutuan etnik dan politik nasionalis etnik, Perdana Menteri Abiy Ahmed menggabungkan parti berasaskan etnik dan kawasan dalam perikatan Barisan Demokratik Revolusi Rakyat Habsyah (BDRRH) dan beberapa parti pembangkang kepada Parti Kemakmuran yang baru. Barisan Pembebasan Rakyat Tigray (BPRT), entiti yang berkuasa secara siasah yang mendominasi politik Habsyah untuk 27 tahun sebagai rejim bersifat menindas melalui sistem dominan satu parti,[48] menolak untuk mnyertai parti baru itu. BPRT kemudiannya mendakwa bahawa Abiy Ahmed menjadi pemerintah yang tidak sah kerana pilihan raya umum yang dijadualkan pada 29 Ogos 2020 ditangguhkan ke 2021 disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang berterusan. Entiti tersebut yang diketuai oleh pengerusinya Debretsion Gebremichael meneruskan pilihan raya wilayah di Tigray pada September 2020, yang bertentangan dengan pemerintah persekutuan, di mana pilihan raya Tigray itu diisytiharkan tidak sah.[49]
Selepas lama membina pasukan Eritrea dan Amhara di sempadan Tigray, pertempuran di antara pasukan Tigray dan pakatan Habsyah-Eritrea-Amhara bermula pada 3 November 2020, dengan serangan di pangkalan dan ibu pejabat markas utara PPNH di wilayah Tigray bersama pasukan keselamatan Tigray. Serangan balas oleh PPNH di Tigray disifatkan sebagai tindakan polis oleh pihak berkuasa persekutuan. Pasukan bersekutu persekutuan menawan Mekelle, ibu kota Tigray pada 28 November selepas Perdana Menteri Abiy mengiystiharkan operasi di wilyah itu "tamat". Pemerintah Tigray menyatakan pada lewat November bahawa mereka akan terus bertempur sehingga "penceroboh" keluar dan pada 28 Jun 2021, PPT menawan semula Mekelle dan mara ke wilayah Amhara dan Afar pada Julai. Pada awal November 2021, PPT bersama-sama dengan Tentera Pembebasan Oromo (TPO) mengawal beberapa pekan di lebuh raya selatan dari wilayah Tigray menuju ke Addis Ababa, dan BPRT menyatakan bahawa ia "mempertimbangkan untuk berarak di Addis Ababa". Bersama-sama dengan tujuh kumpulan pemberontak kecil, BPRT dan TPO mengisytiharkan gabungan yang bertujuan untuk "membubarkan pemerintah Abiy dengan kekerasan atau rundingan, dan kemudian membentuk pihak berkuasa peralihan".
Pembunuhan di luar bidang kehakiman orang awam secara besar-besaran berlaku pada November dan Disember 2020 di dan sekitar Adigrat, Hagere Selam, kem pelarian Hitsats, di Humera, Mai Kadra, Debre Abbay dan Axum. Sekurang-kurangnya 10 ribu orang telah meninggal dunia dan serangan seksual terhadap wanita berusia 8 hingga 72 tahun turut berlaku di hadapan keluarga mereka.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.