![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/fb/National_Liberation_War_collage.jpg/640px-National_Liberation_War_collage.jpg&w=640&q=50)
Perang Dunia II di Yugoslavia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Perang Dunia II di Yugoslavia (Bahasa Serbia-Croatia: [Drugi svjetski rat u Jugoslaviji] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) / Други светски рат у Југославијиcode: sh is deprecated ; Slovene: Druga svetovna vojna v Jugoslavijicode: sl is deprecated ; Macedonia: Втора светска војна во Југославијаcode: mk is deprecated ) merujuk kepada operasi ketenteraan Perang Dunia II yang berlaku di wilayah Kerajaan Yugoslavia. Konflik di Yugoslavia bermula pada 6 April 1941, apabila Kerajaan Yugoslavia ditakluk dengan cepat oleh tentera Paksi dan dibahagikan antara Jerman, Itali, Hungary, Bulgaria dan rejim klien mereka. Sejurus selepas Jerman menyerang KRSS pada 22 Jun 1941,[24] pihak komunis-pimpinan Partisan Yugoslavia, atas arahan Moscow,[24] melancarkan satu perang pembebasan gerila terhadap tentera Paksi dan rejim boneka mereka, termasuk sekutu Paksi Negara Merdeka Croatia (NDH) dan Kerajaan Salvation Nasional di Serbia taklukan Jerman. Ia dipanggil Perang Pembebasan Nasional dan Revolusi Sosialis (Bahasa Serbia-Croatia: [Narodnooslobodilački rat i socijalistička revolucija] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) / Народноослободилачки рат и социјалистичка револуцијаcode: sr is deprecated ; Slovene: Ljudsko osvobodilna vojna in socialistična revolucijacode: sl is deprecated ; Macedonia: Народноослободителната војна и Социјалистичка револуцијаcode: mk is deprecated ) dalam pensejarahan pasca perang Yugoslavia. Serentak dengan itu, perang saudara pelbagai pihak telah berlaku antara Partisan komunis Yugoslav, royalis Chetnik Serbia, Ustaše Croatia sekutu Paksi dan Pengawal Tanahair, Kor Sukarela Serbia dan Pengawal Negara, Pengawal Tanahair Slovene serta sekutu Nazi pasukan Kor Perlindungan Rusia.[25]
Perang Dunia II di Yugoslavia | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Dunia II Kancah Eropah | ||||||||
![]() Arah jam dari kiri atas: Ante Pavelić melawat Adolf Hitler di Berghof; Stjepan Filipović digantung oleh tentera penjajah; Draža Mihailović bermesyuarat bersama tenteranya; sekumpulan Chetnik bersama askar Jerman di sebuah kampung di Serbia; Josip Broz Tito bersama anggota misi British | ||||||||
| ||||||||
Pihak yang terlibat | ||||||||
April 1941:![]() ![]() ![]() |
April 1941:![]() | |||||||
1941 – September 1943:
|
1941–43:![]() Sokongan: ![]() ![]() | 1941–43: | ||||||
September 1943–1945:
|
1943–45: ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Sokongan: ![]() (1944–45) | |||||||
Komandan dan pemimpin | ||||||||
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | ||||||
Kekuatan | ||||||||
![]() ![]() ![]() 130,000 (1945)[4] ![]() ![]() ![]() |
![]() (400,000 tidak bersedia)[9] ![]() |
![]() 800,000 (1945)[13] ![]() ![]() | ||||||
Kerugian dan korban | ||||||||
![]() 19,235-103,693 terbunuh 14,805 hilang; [15] ![]() 9,065 terbunuh 15,160 cedera 6,306 hilang; ![]() 99,000 terbunuh |
![]() 245,549 terbunuh 399,880 cedera 31,200 mati akibat cedera 28,925 hilang | |||||||
a ↑ Rejim boneka Paksi ditubuhkan di wilayah taklukan Yugoslavia |
Kedua-dua Partisan Yugoslav dan gerakan Chetnik pada awalnya menentang pemerintahan Paksi. Bagaimanapun, selepas tahun 1941, Chetnik secara meluas dan sistematik bersubahat dengan tentera penjajah Itali sehingga penyerahan kalah Itali, dan juga dengan Jerman serta pasukan Ustaše.[25][26] Pihak Paksi melancarkan beberapa siri ofensif yang bertujuan untuk memusnahkan Partisan, yang hampir melakukannya dalam Pertempuran Neretva dan Sutjeska pada musim bunga dan musim panas 1943.
Walaupun terdapat kegagalan, puak Partisan kekal menjadi sebuah pasukan tempur yang dipercayai, dengan organisasi mereka mendapat pengiktirafan dari Sekutu Barat di Persidangan Tehran dan meletakkan asas untuk negara pasca perang Yugoslavia. Dengan sokongan logistik dan kuasa udara dari Sekutu Barat, dan Tentera Darat Soviet dalam penyerangan Belgrade, pihak Partisan akhirnya menguasai seluruh negara dan wilayah sempadan Trieste dan Carinthia.
Kos perang manusia adalah sangat besar. Jumlah mangsa perang masih dalam pertikaian, tetapi keseluruhannya dipercayai hampir 1 juta orang. Mangsa bukan tempur termasuklah sebahagian besar penduduk Yahudi negara itu, ramai daripadanya mati dalam kem tahanan dan kem penghapusan (contohnya Kem tahanan Jasenovac, Stara Gradiška, Banjica, Sajmište, dll) yang dikendalikan oleh rejim klien atau tentera penjajah sendiri.
Rejim Ustaše (kebanyakannya bangsa Croat, tetapi juga orang Islam dan lain-lain) melakukan pembasmian kaum terhadap bangsa Serb, orang Yahudi, orang Roma dan bangsa Croat yang anti-fasis. Pihak Chetnik (kebanyakannya bangsa Serbia, tetapi juga bangsa Montenegro dan lain-lain) menjalankan pembasmian kaum[27][28] terhadap orang Islam, Croat dan orang Serbia yang Pro-Partisan, dan pasukan penjajah Itali membuat keganasan dan pembersihan etnik (Italianizasi) terhadap orang Slovene dan orang Croat. Pihak Wehrmacht melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap orang awam sebagai pembalasan terhadap aktiviti penentangan (contohnya Pembunuhan beramai-ramai Kragujevac dan Pembunuhan beramai-ramai Kraljevo). Divisyen SS "Prinz Eugen" membunuh sejumlah besar orang awam dan tawanan perang.[29] Tentera penjajah Hungary membunuh orang awam (kebanyakannya bangsa Serb dan Yahudi) semasa serangan besar di selatan Bačka, dengan alasan menghapuskan aktiviti-aktiviti penentang.
Kesudahannya, semasa dan selepas peringkat terakhir peperangan, pihak berkuasa Yugoslav dan tentera Partisan membuat pembalasan, termasuk pengusiran orang Jerman dan penduduk Itali, perarakan paksa dan menghukum mati puluhan ribu orang awam dan askar yang ditangkap (kebanyakannya orang Croat yang berkaitan dengan NDH, tetapi juga orang Slovene dan lain-lain) melarikan diri dari tugas (iaitu Penghantaran pulang Bleiburg), kekejaman terhadap penduduk Itali di Istria (iaitu Pembunuhan beramai-ramai foibe) dan penyingkiran orang Serbia, Hungary dan Jerman yang terkait dengan tentera fasis.