Peranakan Cina (Tulisan Jawi:ڤرانقن چينا) adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina di dalam kumpulan etnik yang dinamakan Peranakan yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu, tertumpu di Negeri-negeri Selat, khususnya di negeri Melaka(asal), Pulau Pinang di Malaysia dan Republik Singapura. Terdapat juga Cina Peranakan ditemukan di negara Gajah Putih (Thailand) khususnya di Tanjung Salang (Phuket) dan Rundung (Ranong) bernama Baba Yaya dan di Indonesia (Tangerang, Medan, Kepulauan Riau & Bangka Belitung) bernama Kiau Seng. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina atau Melayu tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka mengamalkan cara hidup Melayu dan Cina , mereka amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, [4] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu , Jawa dan Siam. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu , Jawa atau Siam kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian dan Islam yang amat popular di kalangan remaja.
Rencana ini mengenai Peranakan Cina.
Untuk Jenis etnik Peranakan, sila lihat
Peranakan.
Untuk Peranakan Cina Malaysia Singapura, sila lihat
Baba Nyonya .
Untuk Peranakan keturunan India, sila lihat
Chitty.
Untuk Peranakan keturunan Serani, sila lihat
orang Kristang.
Fakta Segera Jumlah penduduk, Kawasan ramai penduduk ...
Peranakan CinaGambar perkahwinan pasangan Peranakan Baba Nyonya – Chung Guat Hooi, anak perempuan Kapitan Chung Thye Phin and Khoo Soo Beow, anak lelaki Khoo Heng Pan di Pulau Pinang– diambil dari muzium Penang |
|
8,000,000 (dianggar)[1] |
|
Indonesia, Malaysia, Singapura[2], Thailand (Phuket dan Ranong)[3] |
|
Bahasa Baba ,Bahasa Melayu , Bahasa Malaysia , Hokkien Pulau Pinang dan Bahasa Cina, Bahasa Indonesia, Bahasa Jawa, Bahasa Betawi, Bahasa Siam , Bahasa Thai Selatan |
|
Buddha Mahayana, Kristian, Konfusianisme, Taoisme, Islam |
|
Diaspora cina, Tionghoa Benteng, Tionghoa pulau Bangka, Cina Malaysia, Cina Thai, Cina Singapura, Tionghoa Indonesia , Kiau Seng , Baba Yaya |
Tutup
Fakta Segera Nama Bahasa Cina, Bahasa Cina ...
Tutup