![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/13/Palastexamen-SongDynastie.jpg/640px-Palastexamen-SongDynastie.jpg&w=640&q=50)
Peperiksaan awam diraja
sistem ini digunakan semasa dinasti China. / From Wikipedia, the free encyclopedia
Peperiksaan awam diraja di China (Cina Tradisional: 科舉code: zh is deprecated , Cina Ringkas: 科举code: zh is deprecated , pinyin: kējǔ) dilakukan dengan tujuan menilai dan memilih mana-mana orang berkelayakan menjadi pegawai awam di kerajaan tersebut. Peperiksaan ini dilaksanakan untuk memastikan pengukuhan pengetahuan sastera dan persuratan serta kepercayaan dan kefahaman adat[1] dalam kalangan pegawai negeri sebagai suatu penyatu fahaman dan kuasa serata China; kemampuan menaikkan pangkat diri melalui pendidikan turut mengukuhkan kedaulatan raja tanpa bergantung kepada kuasa bangsawan yang terwaris di mana kuasa tersebut diimbangi kelas sarjana berpengalaman dan berilmu tinggi.
![]() | Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Cina.
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/13/Palastexamen-SongDynastie.jpg/640px-Palastexamen-SongDynastie.jpg)
Konsep ini mula dikembangkan pada awal sejarah China tetapi bentuk peperiksaan bertulis mula diperkukuhkan pada pertengahan dinasti Tang sehingga menguat dominan pada zaman dinasti Song. ia bertahan hingga dihapuskan dalam pembaharuan dasar-dasar kerajaan pada hujung zaman dinasti Qing pada tahun 1905. Pendekatan ini tuurt mempengaruhi seberapa kerajaan serantau yang didedahkan kepada budaya alam Cina termasuk Jepun (walaupun sebentar), Korea, Ryūkyū, dan juga Vietnam.