Penyerbuan Bersekutu ke atas Itali
From Wikipedia, the free encyclopedia
Penyerbuan Bersekutu terhadap Itali adalah pendaratan amfibia pihak Bersekutu ke atas tanah besar Itali yang berlaku pada 3 September 1943 pada peringkat awal Kempen Itali semasa Perang Dunia II. Operasi ini dijalankan oleh Kumpulan Tentera Darat Ke-15 Jeneral Sir Harold Alexander (mengandungi Tentera Darat Kelima AS Leftenan Jeneral Mark W. Clark dan Tentera Darat Kelapan British Jeneral Bernard Montgomery) dan mengikuti kejayaan penyerbuan Sicily. Pasukan serbuan utama mendarat sekitar Salerno pada 9 September di pantai barat dalam Operasi Avalanche, manakala dua operasi sokongan berlaku di Calabria (Operasi Baytown) dan Taranto (Operasi Slapstick).
Fakta Segera Tarikh, Lokasi ...
Penyerbuan Itali | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Kempen Itali dalam Perang Dunia II | |||||||
Askar dan kenderaan mendarat dibawah tembakan meriam semasa menyerbu tanah besar Itali di Salerno, September 1943. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
United Kingdom Amerika Syarikat Kanada |
Jerman Nazi Itali (hingga 8 September) | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Dwight D. Eisenhower Harold Alexander Bernard Montgomery Mark W. Clark |
Albert Kesselring Heinrich von Vietinghoff Hans-Valentin Hube | ||||||
Kekuatan | |||||||
189,000 anggota (pada 16 September) | 100,000 anggota | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
2,009 terbunuh 7,050 cedera 3,501 hilang |
3,500 kasualti[1] (incl 630 terbunuh)[1] |
Tutup