Penyejukan laser
From Wikipedia, the free encyclopedia
Penyejukan laser merujuk kepada beberapa teknik di mana sampel atom dan molekul disejukkan kepada hampir sifar mutlak melalui interaksi dengan satu atau lebih medan laser. Semua teknik penyejukan laser bergantung kepada fakta bahawa apabila sesuatu objek (biasanya atom) menyerap dan mengeluarkan semula-satu foton (partikel cahaya) momentumnya berubah. Suhu bagi gumpalan zarah adalah lebih besar bagi variasi lebih besar dalam agihan halaju zarah. Teknik penyejukan laser menggabungkan spektroskopi atom dengan kesan mekanikal yang dinyatakan di atas pada cahaya untuk memampatkan agihan halaju bagi ensembel zarah, dengan itu menyejukkan zarah.
1 | Satu atom pegun melihat laser bukan sebagai aliohan merah-atau-biru dan tidak menyerap foton. |
---|---|
2 | Satu Atom menjauhi laser melihatnya peralihan merah dan tidak menyerap foton. |
3.1 | Satu Atom bergerak ke arah laser melihatnya peralihan-biru dan menyerap foton, dengan itu memperlahankan atom. |
3.2 | Foton merangsang atom, menggerakkan elektron pada keadaan kuantum yang lebih tinggi. |
3.3 | Sesuatu atom memancarkan semula atom foton. Disebabkan arahnya adalah rawak, tidak ada perubahan bersih pada momentum bagi banyak kitaran penyerapan pelepasan. |
Contoh pertama penyejukan laser, dan juga masih kaedah yang paling biasa (sehinggakan ia masih sering disebut hanya sebagai 'penyejukan laser') adalah penyejukan Doppler. Lain-lain kaedah penyejukan laser termasuk: