Penyakit Whipple
From Wikipedia, the free encyclopedia
Penyakit Whipple adalah penyakit jangkitan sistemik, yang jarang berlaku dan disebabkan oleh bakteria Tropheryma whipplei.[1] Pertama kali digambarkan oleh George Hoyt Whipple pada tahun 1907[2][3] dan biasanya dianggap sebagai penyakit usus (gastrointestinal), penyakit Whipple biasanya disebabkan oleh kesulitan penyerapan (malabsorption) tetapi mampu memberi kesan kepada sebarang bahagian badan termasuk jantung, paru-paru, sendi, dan mata. Hilang berat badan, cirit-birit, sakit sendi, dan artritis merupakan simptom biasa, tetapi kemunculannya boleh pelbagai dan sekitar 15% pesakit tidak menunjukkan tanda atau gejala klasik awal ini.[4] Penyakit Whipple adalah jauh lebih biasa di kalangan lelaki, dengan jelas 87% pesakit merupakan kaum lelaki.[5] Apabila dikenal pasti dan dirawat, penyakit Whipple biasanya mampu diubati dengan rawatan antibiotik jangka panjang; penyakit yang tidak dirawat biasanya membawa maut.