![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f7/200127-H-PX819-0092.jpg/640px-200127-H-PX819-0092.jpg&w=640&q=50)
Pentas Akhir Copa América 2024
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pentas Akhir Copa América 2024 merupakan perlawanan bola sepak akan datang untuk menentukan pemenang Copa América 2024. Perlawanan itu akan menjadi pentas akhir yang ke-48 daripada Copa América, kejohanan ini dipertandingkan oleh pasukan kebangsaan lelaki persatuan ahli CONMEBOL. Edisi ini juga menampilkan pasukan dari CONCACAF dan menjadikan Amerika Syarikat sebagai tuan rumah. Perlawanan itu dijadualkan diadakan di Stadium Hard Rock di Miami Gardens, Florida, pada 14 Julai 2024.[2]
![]() Stadium Hard Rock, stadium tuan rumah pentas akhir | |||||||
Peristiwa | Copa América 2024 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||
Selepas masa tambahan | |||||||
Tarikh | 14 Julai 2024 (2024-07-14) | ||||||
Tempat | Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida | ||||||
Permain terbaik | Ángel Di María (Argentina)[1] | ||||||
Pengadil | Raphael Claus (Brazil) | ||||||
← 2021 2028 → |
Perlawanan telah ditangguhkan selama lebih 1 jam 20 minit atas beberapa siri insiden yang berlaku berhampiran stadium.[3][4]
Perlawanan itu dipertandingkan antara gelaran juara 2021, Argentina dalam penampilan pentas akhir ke-30 dan Colombia dalam penampilan pentas akhir yang ke-3 saja. Daripada 29 perlawanan akhir sebelum ini, Argentina memenangi rekod sebanyak 15 kali juara, manakala Colombia memenangi perlawanan akhir mereka pada tahun 2001. Ini merupakan perlawanan akhir kejohanan utama Argentina kali ketiga berturut-turut, selapas perlawanan akhir Copa América 2021 dan Piala Dunia FIFA 2022, satu pencapaian yang hanya dicapai 5 kali sebelum ini, dengan Jerman Barat (1972, 1974, 1976), Brazil (1994, 1995, 1997, 1998, 1999), Sepanyol (2008, 2010, 2012), Argentina (2014, 2015, 2016) dan Mexico (di Piala Emas CONCACAF). Aregntina menewaskan Colombia dengan keputusan 1–0 selepas masa tambahan untuk memenangi Copa América ke-16 yang telah memecah rekod dalam sejarah.[5]