Pengujian haiwan
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Templat:Redirects here
Pengujian haiwan | |
---|---|
Gambaran | Sekitar 50–100 juta ekor haiwan vertebrat digunakan dalam uji kaji setiap tahun. |
Subjek | Pengujian haiwan, sains, perubatan, kebajikan haiwan, hak haiwan, etika |
Pengujian haiwan, juga dikenali sebagai pengujikajian haiwan, penyelidikan haiwan, dan pengujian in vivo, ialah penggunaan haiwan bukan manusia dalam uji kaji (sungguhpun sesetengah penyelidikan tentang haiwan melibatkan hanya tingkah laku semula jadi atau pemerhatian tulen, seperti seekor mencit melalui pagar sesat atau kajian bidang kawanan cimpanzi). Penyelidikan dijalankan di dalam universiti, sekolah perubatan, syarikat farmasi, ladang, syarikat pertahanan, dan kemudahan komersial yang menyediakan perkhidmatan pengujian haiwan kepada industri.[1] Ini termasuk penyelidikan tulen seperti genetik, biologi perkembangan, kajian tingkah laku, serta penyelidikan gunaan seperti penyelidikan bioperubatan, xenopemindahan, pengujian dadah dan ujian toksikologi, termasuk pengujian kosmetik. Haiwan juga digunakan untuk pendidikan, pembiakbakaan, dan penyelidikan pertahanan. Amalan ini terkawal kepada pelbagai tahap di negara berlainan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.