From Wikipedia, the free encyclopedia
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (Kependekan: ICA; Inggeris: Immigration and Checkpoints Authority; Cina: 移民与关卡局) merupakan sebuah badan di bawah Kementerian Dalam Negeri Republik Singapura.
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 2003 |
Agensi-agensi terdahulu |
|
Bidang kuasa | Pemerintah Singapura |
Ibu pejabat | 10 Kallang Road, Singapore 208718 |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kementerian Dalam Negeri |
Laman sesawang | www |
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan ditubuhkan pada 1 April 2003 hasil daripada gabungan Pendaftaran dan Imigresen Singapura dan fungsi kawalan sempadan daripada Jabatan Kastan dan Eksais.
Badan ini ditubuhkan bagi menguruskan hal ehwal imigresen, pasport Singapura, kad pengenalan, pendaftaran rakyat, khidmat penduduk tetap, kastam serta mengeluarkan permit kepada warga asing seperti pas lawatan, visa bekerja dan pas pelajar.[2] ICA juga bertanggungjawab dalam melindungi sempadan Singapura. Ia juga memastikan bahawa pergerakan orang, barangan dan pemindahhakan adalah sah dan mengikut undang-undang.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.