From Wikipedia, the free encyclopedia
Pengkalan Chepa (Jawi: ڤڠکلن چڤا, lebih dekenali sekitar negeri Kelantan sebagai P.C) merupakan sebuah subbandar yang terletak di kawasan Kemumin, di jajahan daerah Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Pengkalan Chepa terkenal dengan hab penerbangan kedua tersibuk di Malaysia juga pendidikan dan kawasan perindustrian utama di negeri Kelantan dan juga terletak Maktab Pendidikan Guru,Ibu Pejabat Polis Kota Bharu,Markas Tentera,Polis PGA dan Juga Agensi Anti Dadah Kebangsaan semuanya terletak di sini. Lapangan terbang negeri Kelantan iaitu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra juga terletak di sini.
Pengkalan Chepa juga dikenali sebagai tempat pendaratan Tentera Jepun semasa Perang Dunia kedua iaitu di Pantai Pak Amat. Ahli Parlimen Pengkalan Chepa (P.20) ialah Y.B. Datuk Ahmad Marzuk Shaary daripada Parti PAS. Parlimen Pengkalan Chepa mempunyai tiga Dewan Undangan Negeri iaitu Cempaka, Kijang dan Panchor.
Tempat ini dikenali sebagai perhentian orang Cam yang pernah menduduki kerajaan Campa (Jawi: چڤا Cepa) dalam rantau Indochina yang berhijrah menuju ke negeri ini untuk pelbagai tujuan selama berabad-abad.[1]
Terdapat beberapa kolej dan sekolah[2] di Pengkalan Chepa:
Kolej
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.