![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/0c/Jerusalem_Law_%25D7%2597%25D7%2595%25D7%25A7_%25D7%2599%25D7%25A1%25D7%2595%25D7%2593-_%25D7%2599%25D7%25A8%25D7%2595%25D7%25A9%25D7%259C%25D7%2599%25D7%259D_%25D7%2591%25D7%2599%25D7%25A8%25D7%25AA_%25D7%2599%25D7%25A9%25D7%25A8%25D7%2590%25D7%259C.jpg/640px-Jerusalem_Law_%25D7%2597%25D7%2595%25D7%25A7_%25D7%2599%25D7%25A1%25D7%2595%25D7%2593-_%25D7%2599%25D7%25A8%25D7%2595%25D7%25A9%25D7%259C%25D7%2599%25D7%259D_%25D7%2591%25D7%2599%25D7%25A8%25D7%25AA_%25D7%2599%25D7%25A9%25D7%25A8%25D7%2590%25D7%259C.jpg&w=640&q=50)
Pengilhakan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pengilhakan atau aneksasi (bahasa Inggeris: annexationcode: en is deprecated ) merupakan tindakan pentadbiran[1] dan konsep undang-undang antarabangsa mengenai pengambilalihan wilayah sesebuah negara berdaulat secara paksa oleh negara lain.[2] Umumnya ini dikira tindakan yang haram.[2] Berbeza dengan penaklukan yang memaksukan pengambilalihan kuasa terhadap sesebuah wilayah yang melibatkan pertukaran kedaulatan.[3][4] Biasanya menyusuli pendudukan tentera terhadap wilayah berkenaan.[1]
Pengilhakan berbeza dengan penyerahan kerana tidak seperti penyerahan yang dilakukan melalui perjanjian, pengilhakan merupakan tindakan unilateral yang mana wilayah dirampas oleh sesebuah negara.[5] Pengilhakan boleh disahkan melalui pengiktirafan umum oleh badan-badan antarabangsa (iaitu negara-negara lain dan pertubuhan antara kerajaan).[5][6][1]