From Wikipedia, the free encyclopedia
Pengglasieran Pongola ialah episod glasier yang berlaku pada era Mesoarkean 2.9 bilion tahun dahulu selama kira-kira 150 juta tahun. Ia merupakan proses pengglasieran tertua yang diketahui di planet Bumi.
Jejak-jejak pengglasieran tertua yang diketahui berasal dari era Mesoarkean. Jejak-jejak tersebut berpadanan dengan diamiktit pada kumpulan besar Pongola[1] (lebih tepat ialah bentukan Mozaan,[2]) di KwaZulu-Natal dan di Eswatini.[3]
Walaupun iklim eon Arkean tidak dikenali secara lanjut, kajian isotop oksigen yang terdapat pada rijang pada masa itu nampaknya menunjukkan bahawa iklim eon Arkean adalah panas atau sekurang-kurangnya sederhana,[4] khususnya disebabkan oleh aras metana dan aras karbon dioksida yang tinggi di atmosfera; manakala pengglasieran sekitar 2.9 bilion tahun dahulu mungkin disebabkan oleh penurunan kadar gas rumah hijau ini.[5][6] Pengglasieran Pongola juga dikaitkan dengan perubahan dalam isotop sulfur (δ34S), menunjukkan bahawa pengglasieran ini mungkin juga melibatkan proses pengoksigenan awal yang berjangka pendek pada atmosfera Bumi.[7]
Jangkauan pengglasieran tidak dapat dikenal dengan pastinya.[8][2] Sesetengah pengarang berpendapat bahawa mendapan glasier terbentuk pada latitud rendah, di bawah 30°U,[9] oleh itu berhampiran dengan kawasan tropika, yang memberi indikasi terhadap pengglasieran yang meluas, manakala ada yang lain berpendapat bahawa kawasan itu terletak di sama ada latitud pertengahan,[nota 1] atau di latitud yang lebih tinggi yang lebih dekat dengan kutub yakni kawasan yang mendayakan glasier kutub terbentuk seperti apa yang berlaku pada masa kini.[2][7]
Mengenai tempohnya, mendapan glasier yang berpadanan ditarikhkan di antara selangan masa 2985 ± 1 dan 2837 ± 5 juta tahun.[2] [7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.