From Wikipedia, the free encyclopedia
Pengepungan Baitulmuqaddis (sekitar tahun 589–587 SM) merupakan peristiwa terakhir dalam pemberontakan Yehuda terhadap Babylonia, yang mana Nebukadnezar II, raja Empayar Babylon Baru, mengepung Baitulmuqaddis, ibu kota Kerajaan Yehuda. Baitulmuqaddis jatuh selepas 30 bulan dikepung, selepas itu kota itu dan Kuil Salomo dimusnahkan oleh orang Babylonia secara sistematik.[1][2] Kerajaan Yehuda dibubarkan dan ramai penduduknya dibuang ke Babel.
Pengepungan Baitulmuqqaddis | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Yahudi–Babylon (601–586 SM) | |||||||||
Baitulmuqaddis terbakar (The Art Bible, 1896) | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Kerajaan Yehuda | Empayar Babylon Baru | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Zedekia | Nebuchadnezzar II | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
Tidak diketahui | Tidak diketahui | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
Ramai yang dibunuh, 4,200 yang lain menjadi tawanan | Tidak diketahui |
Pada akhir abad ke-7 SM, Yehuda menjadi naungan Babylonia. Pada tahun 601 SM, Yoyakim, raja Yehuda, memberontak pemerintahan Babylon walaupun dibantah keras oleh Nabi Yeremia.[2][3] Yoyakim mati atas sebab-sebab yang tidak jelas, dan digantikan oleh puteranya, Yekhonya.[4][5] Pada 597 SM, orang Babylon mengepung Baitulmuqaddis dan kota itu menyerah.[2][6] Nebukadnezar menjarah Baitulmuqaddis dan mengusir Yekhonya dan orang-orang terkemuka lain ke Babylon; bapa saudara Yekhonya, Zedekia, ditabalkan sebagai raja.[2][7] Dengan galakan Mesir, Zedekia melancarkan pemberontakan kedua, dan tentera Babylon dihantar untuk merebut semula Baitulmuqaddis.[2]
Pada Tisha B'Av, hari berpuasa Yahudi yang jatuh pada Julai 587 atau 586 SM, orang Babylonia menawan Baitulmuqaddis, memusnahkan Kuil Pertama dan membakar kota itu.[1][2][8] Penempatan kecil yang mengelilingi kota itu, dan yang berdekatan dengan sempadan barat Baitulmuqaddis, juga musnah.[8] Menurut Alkitab, Zedekia cuba melarikan diri tetapi ditangkap berhampiran Yerikho. Baginda dipaksa melihat putera-puteranya dihukum bunuh di Riblah, dan mata baginda kemudiannya dicungkil.[9]
Kemusnahan Baitulmaqdis dan kuilnya mencetuskan krisis agama, rohani dan politik, yang telah menjejaskan kepustakaan nubuatan dan riwayat Alkitabiah.[9][8] Kerajaan Yehuda telah hapus dan diilhakkan sebagai wilayah Babylonia dengan pusatnya di Mizpah.[2][9][8] Golongan bangsawan Yehuda, termasuk keturunan Raja Daud, dibuang ke Babylon.[8] Selepas Babylon jatuh ke tangan Cyrus Agung, pengasas Empayar Hakhamaniyah Parsi, pada 539 SM, baginda membenarkan orang Yehuda yang dibuang pulang ke Sion dan membina semula Baitulmuqaddis. Kuil Kedua selesai dibina pada tahun 516 SM.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.