![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/1c/Red_Guards_in_Tian%2527anmen_Square.jpg/640px-Red_Guards_in_Tian%2527anmen_Square.jpg&w=640&q=50)
Pengawal Merah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pengawal Merah (红卫兵 紅衛兵, hóng wèibīng) merupakan suatu gerakan sosial pelajar separa tentera yang dikepalai Mao Zedong pada tahun 1966 dan 1967 semasa Revolusi Kebudayaan di Republik Rakyat China.[1] Menurut seorang ketua salah satu kumpulan kelompok ini, pergerakan ini bertujuan seperti berikut:
Pengerusi Mao mentakrifkan masa depan kami sebagai suatu pertubuhan revolusioner pemuda bersenjata...sekiranya Mao merupakan Panglima Tertinggi kami dan kamilah Pengawal Merahnya, siapa yang sanggup menghalang kami? Kami akan mula-mula menjadikan China berfahaman Maois dari dalam keluar dan kemudiannya membantu kelas pekerja negara-negara lain "memerahkan" dunia...[2]
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/1c/Red_Guards_in_Tian%27anmen_Square.jpg/640px-Red_Guards_in_Tian%27anmen_Square.jpg)
Pergerakan ini disokong kuat oleh Mao yang mempergunakan mereka untuk tujuan memusnahkan peninggalan zaman pra-Komunis yang wujud di negara China serta membenarkan mereka menyerang orang yang dianggap menentang doktrinnya. Walau bagaimanapun, pergerakan ini semakin lama semakin hilang kawalan serta mula berpecah menjadi puak-puak dalaman dalam pergelutan ini.